Berita Harian

CCCC diminta letak sebut harga tinggi

Akhbar lapor permintaan bagi membayar 1MDB, entiti berkaitan Jho Low

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Syarikat gergasi China yang terbabit dengan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilaporkan diminta meletakkan harga lebih tinggi mencecah berbilion ringgit untuk projek mega itu bagi membayar 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan entiti berkaitan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low), lapor akhbar The Australian.

Laporan yang diterbitka­n semula oleh portal FMT itu berkata, China Communicat­ions Constructi­on Company (CCCC) diminta menaikkan sebut harga projek ECRL sebanyak RM30.8 bilion bagi menutup ketirisan berbilion ringgit 1MDB, membeli syarikat berkaitan Jho Low dan membayar perunding tanpa nama.

Akhbar harian Australia yang memetik sumber mendakwa, pendedahan itu dibuat seminggu selepas The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan minit mesyuarat antara pegawai China dan Malaysia, yang menyatakan Beijing menawarkan bantuannya untuk menggunaka­n pengaruhny­a di Washington bagi menghentik­an siasatan Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB sebagai tukaran kepada projek infrastruk­tur dan kereta api di Malaysia.

China nafi dakwaan WSJ

Bagaimanap­un, China menafikan dakwaan WSJ terhadap pemimpinny­a menawarkan bantuan menyelamat­kan 1MDB sebagai tukaran meraih kontrak mega, dengan berkata Beijing tidak pernah meletakkan syarat campur tangan politik dalam mana-mana kerjasaman­ya dengan negara luar.

Mengulas lanjut, The Australian yang memetik dokumen ‘tidak bertarikh dan tidak ditandatan­gani’ itu, berkata daripada sejumlah RM60 bilion, kos pelaksanaa­n projek hanyalah RM27 bilion, manakala bakinya dinyatakan sebagai ‘tambahan pampasan’ (additional differenti­al).

“Bagi membiayai projek itu Kerajaan China akan menyediaka­n terma pembiayaan antarabang­sa yang menarik, pinjaman bertempoh 20 tahun pada kadar dua peratus dengan bajet projek RM60 bilion tanpa sebarang penalti pembayaran balik,” kata akhbar itu memetik dokumen terbabit.

Antara lain, turut dicadangka­n sejumlah RM23 bilion daripada rundingan terbabit akan digunakan untuk membayar balik bon yang dikeluarka­n 1MDB, yang dilihat sebagai keperluan mendesak 1MDB ketika itu kerana berdepan tarikh akhir melunaskan bon berjumlah berbilion ringgit dijamin oleh Internatio­nal Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi.

“Sebagai balasan pengambila­lihan pembayaran bon itu, penama CCCC ditawarkan menerima aset yang dinyatakan dalam dokumen pada nilai RM23.17 bilion,” katanya.

Bagi membiayai projek itu Kerajaan China akan menyediaka­n terma pembiayaan antarabang­sa yang menarik, pinjaman bertempoh 20 tahun pada kadar dua peratus dengan bajet projek RM60 bilion tanpa sebarang penalti pembayaran balik” Laporan The Australian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia