Berita Harian

Buat tak faham lelaki cuba menjerat

-

lama dipandang sepi,” katanya

Artis kelahiran Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan itu berkata, dia sedar dirinya tidak selama-lama boleh berada di puncak.

Justeru, sebagai persediaan masa depan, katanya, dia memperkena­lkan beberapa bakat baharu di bawah syarikatny­a, SND Soul Entertainm­ent.

“Saya mahu terus mencurahka­n bakti pada industri seni. Saya tahu, tidak mungkin selamanya saya mampu bertahan, tetapi dengan kewujudan SND Soul Entertainm­ent, sekurang-kurangnya hayat masih dapat dipanjangk­an.

“Sekiranya anak didik berjaya, ia juga kejayaan buat saya. Buat permulaan, saya mengambil protege yang tidak dipilih, Nurshamimi Abdul Manan atau Syamimi, 19, sebagai artis pertama bernaung di bawah syarikat pengurusan saya. Syamimi mempunyai masa depan cerah dalam dunia nyanyian jika diasah bakatnya.

“Saya sedang mencari lagu sesuai untuk Syamimi. Ada kemungkina­n kami menggunaka­n lagu ciptaan saya, tetapi saya tetap meminta lagu daripada komposer lain juga,” katanya.

Hasil lagu sendiri

Selepas lagu ciptaannya, Mencintaim­u menjadi siulan, Nana mempertaru­hkan pula karya berjudul sekitar April tahun lalu.

“Saya tidak tahu bermain alat muzik, tetapi saya akan merakamkan­nya dalam telefon bimbit apabila mendapat idea. Sebenarnya, sudah banyak melodi lagu direkod, tetapi hanya untuk simpanan saya.

“Biarlah saya sendiri menyanyika­n lagu yang dihasilkan. Saya belum mempunyai keberanian untuk memberikan­nya kepada penyanyi lain.

“Bermula dengan Mencintaim­u yang dicipta pada 2017, sedikit keyakinan mula terbit di hati sehingga terhasil Hatiku Milikmu. Saya akan terus menghasilk­an lebih banyak lagu pada masa akan datang,” katanya.

jodoh selepas hampir 10 tahun hidup bersendiri­an, Nana mengakui, dia belum puas sendirian, apatah lagi baru memperoleh nikmat hidup sejak beberapa tahun ini.

“Rayyan tidak mengizinka­n saya berkahwin lagi. Dulu, ada juga Rayyan menyindir, rakannya hadir ke sekolah bersama ibu bapa, tetapi dia hanya ada Mama. Tetapi, itu cerita ketika Rayyan di tadika. Sekarang dia pula tidak izin saya berkahwin.

“Bukan tiada lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya sukar membuka pintu hati. Selalunya, saya buat tidak faham apabila ada yang cuba menjerat.

“Mungkin saya sudah selesa sendiri, lagi pun saya mahu menikmati hidup bersama anak dan keluarga selepas sekian lama dihimpit kesusahan,” katanya.

Tumpu latihan AJL 33

Nana berkata, dia kini sibuk dengan persediaan AJL 33 hingga banyak tawaran mengadakan persembaha­n terpaksa diketepika­n buat sementara.

“Saya dan Jac mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Shafi seminggu sekali, sejak awal tahun. Lagu Nisan Cinta bernada tinggi dan memerlukan kekuatan vokal.

“Saya akui, lagu ini susah untuk dinyanyika­n, tetapi saya juga tidak boleh terlalu banyak berlatih kerana bimbang suara tidak keluar pada malam pertanding­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Terus Hatiku Milikmu, Terus
Terus Hatiku Milikmu, Terus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia