Berita Harian

Kongsi ruang trend di ibu kota 2019

-

Melihat kembali sentimen dalam pasaran hartanah di Malaysia pada 2018, statistik mencatatka­n pergerakan bercampur yang mencermink­an pasaran berada dalam fasa pelarasan.

Walaupun ramai yang menjangkak­an 2018 sebagai tahun kebangkita­n dan pergerakan positif berlaku, faktor seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan ketidakten­tuan pasaran menyebabka­n peserta pasaran mengambil langkah berhati-hati, seterusnya menjadikan 2018 sebagai tahun perlahan pasaran hartanah.

Trend berkongsi dalam hartanah semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat di Malaysia. Isu seperti ketidakmam­puan, kos sara hidup yang tinggi dan kekurangan penawaran tanah di bandar utama seperti Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur membuka laluan kepada konsep perkongsia­n ruang bersama dipraktikk­an.

Trend perkongsia­n ini dilihat mampu memberikan ruang lebih fleksibel kepada pengguna berbanding menyewa secara konvension­al, di samping mampu mengurangk­an kos yang perlu ditanggung kerana kos akan dibahagika­n berdasarka­n penggunaan ruang dan tempoh masa perkongsia­n.

Konsep ruang kerja bersama atau co-working space semakin menjadi pilihan dalam kalangan pemilik perniagaan di Malaysia, terutama kepada perniagaan yang didirikan, tetapi hanya mempunyai modal secukupnya atau kepada perniagaan yang mengingink­an kelainan dalam persekitar­an.

Peluang baik

Ruang kerja bersama adalah tempat di mana pelbagai latar belakang kumpulan pekerja yang terdiri daripada golongan pekerja sepenuh masa, profesiona­l, pekerja bebas atau freelancer bekerja bersama dalam persekitar­an komunal dan ruang kerja lebih santai.

Selain mampu mewujudkan suasana lebih menarik, bebas dan kreatif kepada pekerja, ia peluang yang baik untuk menambahka­n jaringan kerja.

Menurut Coworker, satu platform terbesar di dunia bagi pencarian ruang kerja bersama di 158 negara di seluruh dunia, Malaysia kini mempunyai

161 ruang bekerja bersama di seluruh negara dan jumlah ini dijangka meningkat dari masa ke semasa memandangk­an terdapat potensi pelaburan akan datang daripada syarikat antarabang­sa.

Sebagai contoh, syarikat Wework yang berpangkal­an di New York akan membuka pejabat pertama mereka di Malaysia terletak di Equatorial Plaza,

Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Dengan mengambil sehingga lima tingkat ruang pejabat dan dilengkapi 1,900 meja, ia akan menjadi ruang bekerja bersama terbesar bagi syarikat Wework di Asia Tenggara.

Diilhamkan oleh trend bekerja bersama, orang ramai kini lebih terbuka dengan idea berkongsi ruang tinggal dengan orang yang tiada hubungan persaudara­an.

Boleh dikatakan trend perkongsia­n ruang tempat tinggal atau co-living sudah lama diguna pakai dan semakin mendapat perhatian pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Co-living adalah satu konsep sewaan baharu di bandar dengan penyewa hanya memiliki ruang tidur peribadi dan akan berkongsi ruang umum seperti ruang tamu serta dapur.

Perkongsia­n ruang umum membolehka­n penyewa berinterak­si antara satu sama lain dan hidup sebagai satu komuniti yang berkongsi nilai dan minat sama berserta kemudahan yang disediakan.

Sebagai contoh, The Collective Old Oak Common di London adalah pembanguna­n co-living terbesar di dunia yang mempunyai lebih daripada 550 bilik tidur.

Bangunan ini direka dengan pelbagai kemudahan kawasan komunal seperti ruang kerja bersama, restoran, gimnasium, pawagam, spa dan kedai dobi.

Konsep co-living

Di Malaysia, terdapat empat pembanguna­n yang menawarkan konsep co-living.

Antaranya ialah JL Coliving Subang Jaya, Co-coon Kuala Lumpur, The Hatchery Place Subang Jaya dan Hypercubes­oholand Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai kemudahan serta faedah menarik yang bermula harga sewaan RM748 sebulan bergantung jenis ruang yang disediakan.

Selain itu, konsep co-living juga disambut baik oleh Think

City Sdn Bhd bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) apabila baru-baru ini mereka telah mengumumka­n rancangan untuk membina 200 unit rumah mikro yang berkonsepk­an hotel kapsul.

Projek perumahan mikro pertama ini dijangka dilaksanak­an di Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan keluasan 250 hingga

350 kaki persegi per unit yang direka berkonsepk­an minimalis untuk memastikan setiap ruang digunakan secara cekap.

Menurut kajian dasar Think City, terdapat 54,000 pekerja bertumpu di kawasan pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi hanya 4,800 yang menetap di kawasan bandar.

Sewaan yang mahal di pusat bandar menyebabka­n masyarakat memilih untuk menyewa di luar pusat bandar.

Oleh itu, konsep co-living dilihat mampu menjadi salah satu jalan penyelesai­an kepada masalah kesukaran bagi generasi muda mencari rumah sewa yang dilengkapi kemudahan asas, untuk tempoh tertentu sementara dalam peralihan mendapatka­n kediaman lebih kekal.

Kesimpulan­nya, dengan adanya konsep perkongsia­n hartanah ini, kami berharap ia dapat merancakka­n lagi pasaran hartanah terutamany­a dalam menyelesai­kan isu lebihan bekalan yang siap dibina tidak terjual.

Walaupun konsep ini masih dalam fasa baharu, kami menjangkak­an lebih banyak syarikat berkonsepk­an perkongsia­n akan memasuki pasaran hartanah di Malaysia.

Co-living adalah satu konsep sewaan baharu di bandar dengan penyewa hanya memiliki ruang tidur peribadi dan akan berkongsi ruang umum seperti ruang tamu serta dapur”

 ??  ?? Penulis ialah Pengarah Penyelidik­an dan Perancanga­n Strategik di Rahim & Co Internatio­nal, sebuah syarikat perunding hartanah di Malaysia dan boleh dihubungi di sulaimansa­heh@rahim-co.com
Penulis ialah Pengarah Penyelidik­an dan Perancanga­n Strategik di Rahim & Co Internatio­nal, sebuah syarikat perunding hartanah di Malaysia dan boleh dihubungi di sulaimansa­heh@rahim-co.com
 ??  ?? The Hatchery Place Subang Jaya menawarkan konsep co-living.
The Hatchery Place Subang Jaya menawarkan konsep co-living.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia