Berita Harian

Ujian besar Arsenal, Chelsea

Emery dijangka turunkan Ozil dalam aksi getir tetangga London

-

London

Pengurus Arsenal Unai Emery enggan terus meminggirk­an Mesut Ozil bulan ini tetapi beliau mahukan pemain Jerman itu kembali konsisten apabila diberikan peluang beraksi di atas padang.

Ozil tidak tersenarai ketika Arsenal tewas 1-0 kepada West Ham minggu lalu walaupun menjalani latihan penuh selepas kembali pulih daripada kecederaan lutut.

Bagaimanap­un, Emery berkata pemenang Piala Dunia 2014 itu mungkin kembali beraksi menentang Chelsea pada awal pagi Ahad ini waktu Malaysia dalam aksi penting untuk menduduki kelompok empat teratas liga.

“Saya bercakap dengan dia kerana saya mahukan konsistens­i. Dia mengalami kecederaan yang bermakna ada kalanya dia okey dan tidak okey,” kata Emery.

“Saya mahu setiap pemain memberikan komitmen sama setiap hari untuk sentiasa okey setiap perlawanan. Mesut juga perlu menghadapi­nya. Dia tidak beraksi dalam perlawanan terakhir tetapi bagi saya dia sama sahaja dengan pemain lain. Esok dia boleh bersama kami jika dia okey.”

Ozil mempamerka­n fotonya menjalani latihan di Twitternya yang mempunyai 24 juta pengikut minggu ini bagi menunjukka­n dia cergas untuk disenarai dalam skuad.

Walaupun terdapat laporan Arsenal mungkin mengurangk­an gaji Ozil, Emery menegaskan pemain itu masih diperlukan dalam perancanga­nnya.

“Saya mencari jalan bagaimana dia boleh membantu kami tahun ini dengan prestasi terbaik,” kata pengurus dari Sepanyol itu.

“Dia cedera sebelum ini dan tidak cergas untuk beraksi tetapi selepas dua minggu, dia mungkin okey untuk perlawanan esok (hari ini).”

Berdasarka­n kemelut kewangan Arsenal, slot kelayakan Liga Juara-juara buat kali pertama dalam tiga musim lebih penting buat mereka.

Skuad Emery kini di tangga kelima liga, sama mata dengan Manchester United tetapi boleh merapatkan jurang dengan Chelsea jika mereka menang di Emirates.

“Saya fikir esok (hari ini) adalah ujian besar dan sasaran kami empat teratas. Kemenangan membolehka­n kami hampir dengan mereka,” kata Emery.

AFP

 ??  ?? Ozil menajalani latihan bersama Arsenal.
Ozil menajalani latihan bersama Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia