Berita Harian

The Gunners tiada pilihan bertemu Blues

-

menerima kunjungan pesaing terdekat, Chelsea yang ketika ini hanya setakuk di atas.

Arsenal memiliki kelebihan

Ketika ini The Blues menduduki tangga keempat dengan himpunan 47 mata selepas 22 perlawanan, kelebihan enam mata berbanding Arsenal di tangga kelima dan juga United di tempat keenam selepas kedua-duanya terikat 41 mata.

Selaku tuan rumah,

The Gunners yang dilihat memiliki kelebihan, tidak boleh tewas aksi ini. Mereka perlu memastikan tiga mata kekal di Emirates agar buruan posisi empat terbaik liga kekal di landasan di samping tidak dipintas The Red Devils.

Bagi Chelsea pula, mereka juga perlu memenangi perlawanan ini untuk terus mengukuhka­n kedudukan empat teratas liga. Andai menang, ia akan memintas Tottenham Hotspur di tangga ketiga. Ketika ini Spurs mengumpul 48 mata dan hanya turun beraksi menentang Fulham tengah malam esok.

Spurs bakal beraksi tanpa dua ayam tambatan sekali gus iaitu Harry Kane akibat kecederaan dan Son Heungmin kerana membantu Korea Selatan menghadapi Piala Asia di Emiriah Arab Bersatu.

Saingan sengit

Berdasarka­n kepada prestasi semasa, penulis jangkakan saingan di Stadium Emirates bakal sengit dengan Arsenal dan Chelsea pasukan berkongsi mata.

Sementara itu, Liverpool yang mendahului liga dengan kelebihan empat mata ke atas Manchester City menerima kunjungan Crystal Palace jam 11 malam ini. Di atas kertas, kelihatann­ya, barisan Jurgen Klopp tiada masalah untuk mengutip mata penuh.

Namun mereka perlu waspada kerana Palace sebelum ini sudah mengejutka­n City. Liverpool sebelum ini memenangi lima daripada enam pertemuan terakhir dengan The Eagles dan andai menang, mereka akan meninggalk­an City dengan kelebihan tujuh mata.

Sementara itu, barisan Pep Guardiola dijangka tiada masalah mengutip mata penuh apabila berkunjung ke Stadium St John Smith bertemu Huddersfie­ld malam esok, bagi terus menekan The Reds di puncak.

Ole Gunnar Solksjaer pula memburu kemenangan keenam berturut-turut liga dan ketujuh bagi semua aksi sejak mengambil tugas daripada Jose Mourinho apabila menerima kunjungan Brighton malam ini. Selamat menonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia