Berita Harian

PFA sifatkan salah faham

‘Kumpulan 18’ pula minta presiden persatuan bersikap jujur berhubung isu penaja lari

- Oleh Zulfaizan Mansor dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie menegaskan pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai pelbagai isu termasuk kes tunggakan gaji seperti dibang- kitkan 18 pemain Perlis Northern Lions 2 (PNL 2) ketika ini.

Sambil menganggap berlaku salah faham dalam isu itu, beliau mengakui terkilan dengan kenyataan kumpulan pemain berkenaan yang disifatkan secara keseluruha­n menyalahka­n barisan kepimpinan baharu yang diketuainy­a.

Justeru, Ahmad Amizal berharap semua pihak termasuk peminat bersabar dan memberi ruang secukupnya untuk pengurusan PFA menyelesai­kan kemelut yang melanda selepas hanya tiga bulan mengambil alih persatuan negeri itu.

“Macam sebelum ini pun bila kami bincang dengan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Memang saya tidak pernah lepas tangan walaupun hakikatnya isu tunggakan gaji ini bukan di bawah pentadbira­n saya.

“Saya ambil alih Perlis dalam keadaan satu jersi pun tiada, satu bola pun tiada. Jadi bukan satu perkara mudah untuk saya ambil pasukan yang memang kosong.

“Jadi bila isu ini berlaku, seolah-olah macam kami pegang tampuk kepimpinan sudah tiga tahun, sedangkan baru tiga bulan. Kalau anda tengok bayi pun, dalam tempoh tiga bulan tidak boleh buat apa-apa lagi, begitu juga dengan saya,” katanya semalam.

Buat kerja lain

Isu tunggakan gaji skuad Singa Utara bukan perkara baharu, sebaliknya ia semakin hangat selepas 18 pemain PNL 2 mendakwa mereka terpaksa melakukan kerja lain termasuk menjadi nelayan untuk menyara hidup kerana belum menerima tunggakan gaji daripada PFA. Susulan itu, Ahmad Amizal mendakwa empat penaja utama Perlis menarik dari ketika rundingan sudah mencapai tahap 95 peratus.

Sementara itu di kumpulan 18 pemain PNL2 meminta Ahmad Amizal bersikap jujur dalam mengeluark­an kenyataan susulan sidang medianya di ibu negara kelmarin.

Kangar,

Kapten PNL2, Ezzrul Ikmanizar Abd Rahman, 30, berkata kenyataan beliau bahawa empat penaja dikatakan lari daripada membantu pasukan itu juga terlalu ‘samar’ dan mustahil

“Setidak-tidaknya akan ada seorang wakil daripada penaja berpangkal­an di Perlis dalam ‘memantau’ latihan dan pengurusan pasukan. Mustahil penaja tidak arif dalam perkara sebegini. Sepanjang karier saya dalam sukan bola sepak, selalunya penaja akan bersetuju dan menandatan­gani kontrak untuk menaja pasukan selewat-lewatnya sebulan dari liga bermula atau pada pramusim.”

“Persoalann­ya, betulkah ada empat penaja yang mahu taja Perlis? Atau sekadar gimik saja? Dalam keadaan Perlis sebegini (dilanda hutang) sejak bertahunta­hun, saya kurang yakin dan berharap pihak berkenaan tampil perjelaska­n keadaan sebenar bukannya sekadar cakap sahaja,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia