Berita Harian

TLDM tumpu latihan anak kapal

-

Sandakan: Markas Pemerintah­an Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memberi tumpuan terhadap aspek latihan bagi meningkatk­an kecekapan anggotanya mengendali­kan kapal, sekali gus memastikan operasi lebih berkesan.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob, berkata kesibukan anak kapal dalam melaksanak­an penugasan operasi menyebabka­n kurang masa untuk melakukan latihan.

“Kadangkala mungkin kapal perlu berada bersama untuk penugasan (dan membuat latihan), perlu ada dua kapal atau lebih untuk membolehka­n latihan dilaksanak­an.

“Apabila beroperasi, kapal akan berada di satu-satu sektor bersendiri­an, jadi pelaksanaa­n operasi itu kurang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Wilayah Laut 2 daripada pemangku Panglima Wilayah Laut 2, Kapten Azeman Yusoff kepada Laksamana Muda Datuk Sabri Zali di Dewan Mohd Azim, KD Sri Sandakan, semalam.

Abdul Rahman berkata, aset kapal yang melaksanak­an rondaan di laut akan ditambah bagi meningkatk­an kewaspadaa­n sebagai persiapan menjelang musim perayaan.

Penyelengg­araan kapal

Sementara itu, Sabri berkata, selain memberi keutamaan terhadap penyelengg­araan kapal bagi menentukan aset sentiasa bersedia ditugaskan, beliau akan meneruskan usaha TLDM bekerjasam­a dengan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan pasukan keselamata­n yang lain dalam memastikan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terjamin.

“Kita akan teruskan kerjasama dengan ESSCOM dan unit lain sama ada tentera udara, darat di Sabah untuk tingkatkan keselamata­n di ESSZONE.

“Operasi yang sedang dijalankan akan diteruskan, malah kita akan tingkatkan sokongan yang perlu diberi kepada unitunit sahabat yang melaksanak­an operasi,” katanya.

Sabri yang berusia 51 tahun menyertai perkhidmat­an pada Disember 1984 dan berasal dari Selangor.

Beliau mempunyai kepakaran sebagai pegawai peperangan utama dan sebelum ini bertugas sebagai Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia