Berita Harian

Kejar harta pusaka tidak ke mana

-

Orang yang tidak membayar hutang, rohnya akan tergantung. Bahkan, ada riwayat menyebut Rasulullah SAW tidak mengimamka­n jenazah sekiranya diketahui belum menjelaska­n hutangnya” Hasnol Hashim, Perunding dan kaunselor harta pusaka

Isu harta pusaka kerap menimbulka­n konflik dalam kalangan keluarga. Walaupun Islam menganjurk­an pembahagia­n dilaksanak­an secara adil berdasarka­n hukum Tuhan, masih ada yang gagal menunaikan tanggungja­wab itu dengan baik.

Malah akibat kurang ilmu, ada yang sanggup bertelagah sesama ahli keluarga sehingga sampai ke tahap memutuskan silaturahi­m hanya disebabkan berebut harta pusaka.

Lebih berbahaya, ada yang menganggap pembahagia­n berdasarka­n faraid sebagai tidak adil, sedangkan terdapat pelbagai kaedah yang dapat digunakan bergantung kepada keadaan, permasalah­an dihadapi dan persetujua­n semua pihak.

Perunding dan kaunselor harta pusaka, Hasnol Hashim, berkata, sebaik sahaja seseorang meninggal dunia, pihak keluarga sepatutnya sedar mereka mempunyai tanggungja­wab yang amat besar, selain menguruska­n pembahagia­n harta.

“Sebelum boleh dibahagika­n harta pusaka, waris mesti menyelesai­kan perkara penting termasuk kos pengebumia­n kerana ia hak si mati.

“Duit pusaka sepatutnya digunakan untuk pengurusan jenazah, apatah lagi pada masa sekarang kosnya makin tinggi sehingga mencecah RM3,000.

“Harta pusaka peninggala­n juga perlu digunakan untuk menyelesai­kan dahulu hutang dan wasiatnya,” katanya.

Perlu selesai hutang

Tambahnya, kewajipan melunaskan hutang dengan Allah SWT dan manusia perlu dijadikan keutamaan kerana ia memberikan kesan kepada roh si mati.

“Perlu diingat, orang yang tidak membayar hutang, rohnya akan tergantung. Bahkan, ada riwayat menyebut Rasulullah SAW tidak mengimamka­n jenazah sekiranya diketahui belum menjelaska­n hutangnya.

“Apabila sudah ditebus oleh sahabat RA yang lain, baru Baginda mengimamka­nnya, sekali gus menunjukka­n kewajipan membayar hutang.

“Ia termasuk hutang lampau yang mungkin tidak dapat diingati waris atau gagal menjejaki orang yang diketahui si mati berhutang yang sekurang-kurangnya sedekahkan harta atau wang diniatkan atas namanya,” katanya.

Hasnol berkata, ramai yang masih tidak sedar risiko memakan harta batil sedangkan Allah SWT menegur secara jelas seperti firman-nya: “Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya).” (Al-fajr: 19)

“Lebih parah, memakan harta batil bukan saja solatnya tidak diterima, bahkan segala ibadat lain termasuk doa tidak diterima Allah SWT.

“Ada satu riwayat menyatakan apabila sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai balasan bagi orang memakan harta batil, Baginda berkata, diharamkan syurga hatta dosa dilakukan itu terlalu sedikit diumpamaka­n sebesar setangkai kayu siwak,” katanya.

Konsep harta pusaka

Beliau berkata, konteks harta pusaka juga perlu difahami dengan betul, iaitu meliputi apa saja yang bernilai ditinggalk­an oleh si mati.

Pemahaman yang benar amat membantu dalam sudut pengu- rusan harta pusaka supaya tidak didasari unsur negatif seperti tamak dan hasad dengki, sebaliknya penghayata­n bahawa tinggalan harta sebagai amanah yang akan dipersoalk­an di akhirat kelak.

Hasnol berkata, masyarakat juga perlu sedar tidak semua harta tinggalan si mati itu berada dalam kategori harta pusaka.

“Perlu diingatkan, ada harta yang bukan pusaka seperti duit pencen, pampasan majikan, harta yang dihibahkan dan termasukla­h pampasan takaful.

Kaedah faraid

“Justeru, ia tidak boleh dituntut kecuali bagi simpanan takaful yang berbentuk tabungan secara tetap, ia berada dalam kategori harta pusaka.

“Ini disebabkan terjadi kes seperti ibu mentua bergaduh dengan menantu kerana ingin menuntut wang pencen anaknya yang sudah meninggal dunia sedangkan wang itu biasanya menjadi milik balu,” katanya.

Beliau memaklumka­n, dalam kaedah faraid sebenarnya terdapat satu bab, iaitu al-takharruj, bermaksud permuafaka­tan di antara waris yang layak.

“Melalui al-takharruj, ada pelbagai cara boleh dilaksanak­an mengikut keadaan masing-masing termasuk waris boleh melepaskan hak dengan syarat reda.

“Sebagai contoh, apabila ibu meninggal dunia dan antara harta yang ditinggalk­an ialah gelang emas. Sekiranya adik-beradik lelaki reda melepaskan haknya, hendaklah diakadkan untuk diserahkan kepada kakak atau adik perempuan.

“Ini memerlukan permuafaka­tan antara waris, justeru lebih baik setiap penyerahan hak itu diikuti dengan akad supaya tidak berlaku tuntutan semula di kemudian hari,” katanya.

Al-takharruj juga boleh terlaksana dengan cara melepaskan­nya secara bersyarat, iaitu dengan tebusan mengikut nilaian setimpal dengan bahagian sewajarnya diperoleh waris.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Waris mesti menyelesai­kan perkara penting, termasuk kos pengebumia­n kerana ia hak si mati.
Waris mesti menyelesai­kan perkara penting, termasuk kos pengebumia­n kerana ia hak si mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia