Berita Harian

Sharapova kejutkan juara bertahan

-

Melbourne: Pemenang lima gelaran Grand Slam, Maria Sharapova mengejutka­n juara bertahan, Caroline Wozniacki untuk layak ke pusingan keempat Terbuka Australia semalam selepas satu perlawanan epik tiga set.

Pemain Russia itu yang juga pilihan ke-30 di Melbourne Park, menyingkir­kan pemain nombor tiga dunia dari Denmark 6-4, 4-6, 6-3 untuk meraih kemenangan terbesarny­a sejak kembali daripada penggantun­gan doping pada 2017.

Kemenangan itu membantu Sharapova, 31, menempah pertembung­an pusingan 16 terakhir dengan pemain harapan tuan rumah, Ashleigh Barty. Sharapova menang kejuaraan di Melbourne Park pada 2008 dan layak ke final tiga kali.

Latihan mencukupi

“Saya sedar saya akan berdepan perlawanan yang amat sukar kerana dia juara bertahan dan bukan rahsia dia sukakan gelanggang ini,” kata Sharapova selepas mengejutka­n Caroline.

“Saya tidak bermain banyak perlawanan tahun lalu, terutama menentang pemain ternama. Tapi kali ini saya memang bersedia dengan latihan mencukupi. Jadi amat berbaloi untuk menang.”

Ada beberapa saat dramatik dalam pertarunga­n antara dua bekas pemain nombor satu dunia itu namun Maria lebih mencuri tumpuan apabila dia bangkit daripada ketinggala­n 1-4 sebelum menang lima ‘game’ berturut-turut sekali gus memenangi set pertama.

Sharapova memenangi kejuaraan terakhir Grand Slam di Roland Garros pada 2014, namun bergelut untuk menyertai kelompok pemain elit sejak melengkapk­an penggantun­gan 15 bulan kerana gagal ujian dadah. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia