Berita Harian

SEDAN JADI PILIHAN

Kemunculan kereta nasional ketiga semakin menjadi kenyataan dengan prototaipn­ya dijangka diumum dalam tempoh terdekat Kereta sedan empat pintu dilengkapi teknologi terkini menggunaka­n enjin hibrid hampir pasti dipilih sebagai model pertama

- Laporan Alzahrin Alias

Kemunculan projek kereta nasional ketiga kian menjadi kenyataan apabila prototaip bagi model pertamanya dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Sumber industri memaklumka­n BH, kereta sedan empat pintu menjadi pilihan bagi prototaip model pertama projek berkenaan berbanding jenis ‘hatchback’ dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang turut dicadangka­n sebelum ini.

Projek kereta nasional ketiga dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun lalu, kira-kira sebulan selepas beliau kembali menjadi Perdana Menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU-14).

Cadangan mewujudkan jenama baharu kereta nasional itu bagi menggantik­an PROTON yang sudah tidak dianggap sebagai jenama kereta nasional selepas hampir separuh ekuitinya dijual kepada syarikat automotif China, Zhejiang Geely Holding Group Co (Geely).

Cetusan idea PM

Projek kereta nasional pertama yang juga hasil cetusan idea Dr Mahathir, dibangunka­n PROTON Holdings Bhd (Proton) pada 1980 dan selepas itu, usaha kedua pula dilaksanak­an dengan penubuhan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) pada 1992.

Bagi projek ketiga, sumber berkata, daripada tiga jenis kereta yang dicadangka­n, sedan dijangka menjadi pilihan Dr Mahathir.

Katanya, cadangan dikemukaka­n oleh sebuah syarikat swasta yang terbabit dalam penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) bagi membangunk­an prototaip projek kereta nasional ketiga itu hampir pasti akan dipilih.

Difahamkan, syarikat terbabit adalah milik Bumiputera berstatus MSC Malaysia, yang sebelum ini pernah terbabit dalam R&D bagi jenama kereta nasional dan beberapa syarikat automotif luar negara.

Syarikat itu juga mempunyai kepakaran dan keupayaan berkaitan R&D dalam kejurutera­an, teknologi dan prototaip bagi automotif dan industri lain.

Beliau berkata, Dr Mahathir mengikuti rapat perkembang­an R&D prototaip itu dan dikatakan berpuas hati serta gembira dengan hasil kerja syarikat terbabit.

“Laporan terakhir R&D prototaip itu yang merangkumi reka bentuk luaran, cadangan jenama dan nama model pertama sudah diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Jika proses ini berjaya, maka sasaran untuk negara mengeluark­an model pertama kereta nasional ketiga pada tahun hadapan akan menjadi kenyataan,” katanya.

Inspirasi model jenama terkemuka Asia

Sumber itu berkata, prototaip model pertama kereta nasional ketiga itu juga mengambil inspirasi daripada salah satu model jenama terkemuka Asia yang banyak mendapat permintaan di negara ini.

“Apa yang membanggak­an, ia ciptaan sepenuhnya tenaga kerja pakar tempatan dan penghasila­n kenderaan mampu disiapkan dalam tempoh singkat,” katanya.

Mengenai teknologi bagi projek itu, beliau berkata, ia akan menggunaka­n teknologi terkini setanding dengan kenderaan jenama terkemuka lain, sekali gus berpotensi dipasarkan di dalam luar negara.

Katanya, jika berdasarka­n jangkaan dan sasaran Dr Mahathir bagi kereta nasional ketiga, kenderaan itu bakal dilengkapi teknologi automotif terkini seperti enjin hibrid selain ciri-ciri keselamata­n termaju.

“Jika disasarkan untuk eksport, kenderaan perlu dilengkapi teknologi terkini terutama daripada aspek keselamata­n. Saya tidak menolak kemungkina­n ia menjadi kenderaan hibrid pertama dikeluarka­n Malaysia.

“Jika mengikut cadangan projek kereta nasional ketiga ini, ia menyasarka­n generasi muda dan seiring dengan kehendak masa kini. Kebiasaann­ya, jika sesebuah kenderaan dilengkapi teknologi terkini, sudah tentu harganya tinggi dan tidak akan jadi kenderaan mampu milik.

“Namun, jika mengguna pakai sepenuhnya kepakaran tempatan dalam pembanguna­nnya, model pertama kereta nasional ketiga ini boleh dijual pada harga mampu milik,” katanya.

Jika mengikut cadangan projek kereta nasional ketiga ini, ia menyasarka­n generasi muda dan seiring dengan kehendak masa kini. Kebiasaann­ya, jika sesebuah kenderaan dilengkapi teknologi terkini, sudah tentu harganya tinggi dan tidak akan jadi kenderaan mampu milik” Sumber

 ??  ?? Lakaran prototaip model pertama kereta nasional ketiga berdasarka­n maklumat sumber industri.
Lakaran prototaip model pertama kereta nasional ketiga berdasarka­n maklumat sumber industri.
 ??  ?? Lakaran ilustrasi model sedan empat pintu prototaip kereta nasional ketiga.
Lakaran ilustrasi model sedan empat pintu prototaip kereta nasional ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia