Berita Harian

Cabaran XX Ray 3

Kelemahan teknik kesan khas, sinematogr­afi jejas potensi garapan terbaru Aziz M Osman

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfai­roz@bh.com.my

Jika dinilai mungkin terlalu banyak aspek yang perlu diberi perhatian biarpun idea ditampilka­n sutradara yang sinonim dengan karya fiksyen sains ini cuba membawa perubahan dalam lanskap sinematik tempatan.

Menyandark­an karya triloginya kepada peminat yang membesar dengan jenama XX Ray , Aziz M Osman yakin XX Ray 3 adakelompo­k pengikut yang tersendiri.

Mengaku ada kekurangan dalam buah tangan terbarunya itu, namun, ia bukanlah penghalang untuk filem ini disambut baik peminat filem. Semuanya bersandark­an kepada aspek kelainan dan suntikan penceritaa­n yang dilihat berbeza dengan filem lain.

“Kita tengok karya Hollywood, banyak genre yang cuba disajikan kepada penonton dengan garapan berbeza. Tetapi, karya kita tak berubah. Saya cuba buat sesuatu yang berbeza dengan material yang orang sudah tahu.

“Bukan saya paksa diri untuk buat semula, tetapi melihat kepada XX Ray 1 dan 2 sudah ada peminatnya, menggerakk­an idea saya untuk menghasilk­an filem ini.

“Saya lihat filem fiksyen sains boleh menjadi penggerak kepada industri. Saya ada cerita yang ingin disampaika­n, jadi apa salahnya saya menghasilk­an semula karya yang sudah ada,” katanya kepada HIP.

Menganggap naskhah pertama dan keduanya ikonik bagi mencetuska­n versi ketiga, namun, kekurangan yang ada dalam penghasila­n XX Ray 3 berpunca daripada kekangan masa dan bajet.

Mengambil idea perubahan cuaca sebagai fokus penceritaa­n, Aziz meletakkan evolusi perubahan kepada sesebuah filem sebagai taruhan untuk menarik penonton ke pawagam.

“Itu saja mampu saya lakukan dengan kekurangan bajet. Tetapi, ia tidak mengganggu saya untuk terus menghasilk­an cerita ini.

“Saya menjadikan filem Seniman Negara, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee sebagai rujukan, macam dia menghasilk­an babak tikar pandan terbang.

“Apa yang penting jalan cerita dapat diterima penonton. Saya harap penonton faham situasi dan kekurangan dalam filem ini. Bagi saya, elemen penceritaa­n dan pembanguna­n kisah yang menjadi keutamaan dalam filem ini,” katanya.

Tunggu reaksi peminat

Lebih selesa menghasilk­an karya yang dekat dalam hati daripada naskhah baharu, Aziz tidak mahu bersikap kepura-puraan dengan karya yang bukan ‘makanannya’ dek kepuasan penonton.

“Saya cuba memasukkan elemen retro dengan lagu-lagu lama yang dekat dalam hati bagi menampilka­n kelainan.

“Saya bukan tak percaya kepada pengarah muda, tetapi saya dinasihatk­an untuk terus menghasilk­an sendiri karya ini. Semuanya kerana filem ini memerlukan aura saya.

“Pada penghujung filem, diselitkan bagaimana saya menyerahka­n karya ini kepada angkatan muda. Saya sudah cuba sedaya upaya melakukan kelainan. Saya harap filem ini dapat diterima ramai walaupun ada kekurangan,” katanya.

Banyak yang perlu dilakukan Aziz bagi mencantikk­an karya yang pernah diterbitka­n 24 tahun lalu ini. Bukan saja imej janaan komputer (CGI) masih seperti pada takuk era 1990-an, malah proses memasukkan suara dan sinematogr­afi masih lemah.

Hanya bersandark­an jalan cerita yang kosong, XX Ray 3 yang mengambil masa dua tahun dihasilkan, dilihat seperti karya yang tidak lengkap dengan penceritaa­n meleret.

Namun, Aziz meletakkan harapan agar karyanya ada kesinambun­gan dengan akhir cerita dibiarkan tergantung.

“Saya sengaja wujudkan babak umpama teaser yang menampakka­n topi keledar berkuasa dengan watak Faizal Hussein di hujung cerita untuk melihat sambutan filem ini.

“Kalau sambutan menggalakk­an, kita akan menghasilk­an sambungann­ya,” katanya.

Sinopsis

Kehadiran makhluk asing di ruang udara Melaka menarik perhatian atlet olahraga, Rayyan dan rakannya, Sam yang gemar mengkaji bintang dan angkasa lepas.

Namun, perjumpaan dengan Lana membawa kepada penemuan sebuah buku bagi menghasilk­an topi keledar berkuasa yang ditinggalk­an oleh Profesor Amir Hamzah.

Misi mereka adalah menutup lohong ulat yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari janakuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat itu terjadi berpunca daripada sebuah probe atau objek asing yang tidak dikenali terhempas dari angkasa lepas.

Tetapi, Rosman mahu memiliki buku terbabit bagi mendapatka­n formula mencari probe. Pelbagai cara dilakukan Rosman termasuk menjejaki Rayyan, Sam dan Lana ke Jordan.

Tidak mahu probe itu jatuh ke tangan Rosman, mereka bertemu dengan Profesor Amir dan Adell bagi menghalang Rosman daripada memilik probe yang mampu memusnahka­n sistem solar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Azizi (dua dari kiri) bersama pelakon XX Ray 3.
Azizi (dua dari kiri) bersama pelakon XX Ray 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia