Berita Harian

7.3 juta tak carum PERKESO

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mendedahka­n lebih separuh daripada 14 juta pekerja di negara ini tidak mendapat jaminan kebajikan jika berlaku kemalangan semasa bekerja kerana tidak dilindungi skim perlindung­annya

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

PERKESO akan jalankan penguatkua­saan besar-besaran terhadap majikan yang tidak mencarum untuk pekerja masing-masing Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, CEO PERKESO Pemandu teksi yang paling sedikit buat caruman, hanya sekitar 3,000 daripada lebih 800,000 pemandu teksi berdaftar di seluruh negara Datuk Abdul Halim Mansor, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Dianggarka­n 7.3 juta daripada kira-kira 14 juta pekerja pelbagai sektor, termasuk mereka yang bekerja sendiri, tidak dilindungi skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Mendedahka­n perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata pihaknya akan menjalanka­n penguatkua­saan besarbesar­an terhadap majikan yang tidak mencarum untuk pekerja masingmasi­ng.

Tegasnya, caruman adalah penting bagi memastikan pekerja mendapat jaminan kebajikan dan perlindung­an dalam pekerjaan.

Majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut mengikut Akta Keselamata­n Sosial Pekerja 1969 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

“Justeru, kami menasihatk­an pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmat­an atau kontrak tetapi majikan tidak mencarum, mereka boleh membuat aduan di mana-mana pejabat PERKESO dengan membawa kad pengenalan serta dokumen yang berkaitan seperti slip gaji,” katanya kepada BH.

6.7 juta sudah mencarum

Mohammed Azman menjelaska­n, mengikut rekod PERKESO, seramai 6.7 juta pekerja sudah mencarum daripada anggaran keseluruha­n 14 juta pekerja swasta dan awam di negara ini.

Bagaimanap­un, katanya, kira-kira 7.3 juta pekerja yang tidak mencarum itu bukan semuanya diwajibkan berbuat demikian atau tertakluk dengan undang-undang pekerja.

Contohnya, 2.5 juta pekerja yang bekerja sendiri seperti peniaga atas talian, petani, penjaja tidak diwajibkan mencarum.

Selain itu, kira-kira 1.6 juta penjawat awam pula tidak termaktub kepada undang-undang tetapi 50,000 daripada kakitangan awam yang berstatus kontrak dan pekerja sambilan, sudah mencarum.

“Seramai 1.8 juta pekerja asing pula yang baharu diwajibkan mencarum tahun ini dijangka berbuat demikian,” katanya.

Mohammed Azman berkata, pihaknya tidak memiliki jumlah sebenar pekerja yang diwajibkan mencarum tetapi belum berbuat demikian.

“Bagaimanap­un, berdasarka­n Ops Kesan yang dijalankan setiap tahun, kami dapati kira-kira 10 peratus majikan tidak mendaftar pekerja mereka dengan PERKESO,” katanya.

Pekerja kontrak paling ramai tak mencarum

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, percaya pekerja kontrak atau pekerja sementara adalah kumpulan tertinggi yang tidak dicarum oleh majikan.

“Kebanyakan majikan ambil mudah isu mencarum dalam PERKESO untuk pekerja kerana mungkin pada anggapan mereka, ia hanya tertakluk kepada pekerja kekal, bukan yang hanya bekerja secara kontrak atau tidak kekal.

“Pekerja pula tidak tahu hak mereka yang dilindungi undang-undang sebaik hari pertama melangkah keluar dari rumah ke tempat kerja,” katanya.

Abdul Halim berharap, menjelang awal tahun hadapan, kira-kira 1.5 juta pekerja asing mencarum dengan PERKESO supaya maklumat diri mereka boleh direkodkan, sekali gus tidak ‘ghaib’ begitu saja dan boleh dikesan jika bertukar majikan.

“Kerjasama agensi lain amat diperlukan seperti Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dalam memastikan setiap pekerja asing dapat kad hijau untuk layak bekerja di kawasan pembinaan dan layak dicarum di PERKESO,” katanya.

Beliau berkata, kad hijau adalah langkah bagi memantau pekerja asing agar mereka tidak ‘ghaib’ begitu sahaja selepas memasuki sektor pembinaan.

Kami nasihatkan pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmat­an atau kontrak tetapi majikan tidak mencarum, mereka boleh membuat aduan di mana-mana pejabat PERKESO” Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia