Berita Harian

BN PERTAHAN KERUSI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

Ramli raih 3,238 majoriti daripada 68.79 peratus keluar undi, gagalkan cubaan PH kali ketiga

-

Laporan Syed Umar Arif, Nasaruddin Mohd Parzi, Rizanizam Abdul Hamid, Shaarani Ismail, T N Alagesh dan Nik Sukry Ramli

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertaha­nkan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli Md Noor diumumkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini dengan majoriti lebih besar.

Beliau memperoleh 3,238 undi majoriti atau 12,038 undi keseluruha­n daripada 89 saluran undi sehingga penjumlaha­n tamat jam 8.30 malam.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md Napis di pusat penjumlaha­n rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini, malam tadi.

Tewaskan tiga pencabar

Ia menyaksika­n Ramli berjaya menewaskan tiga pencabarny­a iaitu calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran serta dua calon Bebas, bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee yang juga petani tempatan.

Manogaran, yang tiga kali bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini memperoleh 8,800 undi, manakala Sallehudin (314 undi) dan Seng Yee, 276 undi.

Peratusan keluar mengundi pula direkodkan sebanyak 68.79 peratus, manakala 568 undi ditolak.

Kemenangan Ramli menyaksika­n sejarah tercipta apabila wakil tunggal mewakili masyarakat Orang Asli bakal diangkat menjadi wakil rakyat bagi mengisi satu slot kerusi di Dewan Rakyat.

Ramli dijadual mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen sebaik sesi mesyuarat Dewan Rakyat bersidang pada 11 Mac depan.

Buat kali pertama sejak siri PRK selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Mei lalu juga, BN berjaya mencapai kemenangan, biarpun dua PRK terdahulu menyaksika­n calonnya tewas, iaitu di PRK DUN Sungai Kandis dan DUN Balakong.

BN tidak meletakkan calon dalam dua PRK, iaitu di DUN Seri Setia dan Parlimen Port Dickson, namun memberi sokongan kepada wakil PAS.

Biarpun jumlah undi majoriti dicapai BN kali ini bertambah, keputusan PRK ini tidak mengubah struktur pentadbira­n Putrajaya, sebaliknya menyaksika­n aliran sokongan pengundi di kerusi ini kekal seperti PRU lalu, di samping bukti kejayaan kerjasama BN dan PAS.

Berdasarka­n keputusan direkodkan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), BN menang di semua 12 PDM di DUN Jelai, dengan beberapa PDM menyaksika­n undi diperoleh meningkat berbanding dicapai mereka pada PRU Mei tahun lalu.

Pertambaha­n undi

Peningkata­n mendadak undi berlaku di beberapa PDM termasuk di FELDA Sungai Koyan dua dan tiga, PDM Kuala Medang serta PDM Bukit Kota, disebabkan pertambaha­n undi PAS yang menyokong BN pada PRK kali ini.

PH juga berjaya meningkatk­an sokongan mereka di dua PDM yang menempatka­n masyarakat Orang Asli, iaitu di PDM Pos Sinderut dan PDM Betau, dengan peningkata­n undi diperoleh mereka, namun tidak cukup untuk menewaskan BN.

Pada PRK kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi, termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytih­arkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU-14 Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi. Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi, Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

PRK ini adalah yang kelima selepas PRU Ke-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini membabitka­n DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

Terima kasih kepada semua pengundi dan jentera parti. Saya berjanji akan berikan perkhidmat­an terbaik” Ramli Md Noor, Calon BN

Saya tak salahkan pengundi, kekalahan ini akan jadikan PH lebih kuat” M Manogaran, Calon PH

 ??  ??
 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG /BH] ?? Mohamad bersama Ramli (empat kanan) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga kiri) pada majlis pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG /BH] Mohamad bersama Ramli (empat kanan) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga kiri) pada majlis pengumuman keputusan PRK Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia