Berita Harian

Detik manis selepas tewas empat PRK: Tok Mat

-

Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands menjadi detik manis kepada parti setelah tewas dalam empat PRK sebelum ini.

Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia akan menjadi pembakar semangat untuk menghadapi PRK Semenyih, bulan depan selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei lalu.

BN teruskan agenda

“BN akan meneruskan agenda penyatuan ummah yang kita lakukan ini (kerana) ia membuahkan hasil melalui kerjasama dan bantuan PAS.

“Jelas sekali pengundi PAS beri kepercayaa­n kepada BN dan ini terbukti di beberapa peti undi yang dulu dimenangi PAS tapi atas kerjasama dua parti BN dengan UMNO ia membuahkan kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media sejurus pengumuman kemenangan calon BN Ramli Mohd Noor di Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata di sini, malam tadi.

Mohamad atau Tok Mat berkata, strategi dan kerjasama baik dengan PAS akan memastikan agenda penyatuan ummah di negara ini dapat terus dilaksanak­an.

“Saya percaya rakyat dah buka mata, rakyat terjemahka­n rasa tak puas hati terhadap prestasi Pakatan Harapan yang banyak tidak tunaikan janji dan menghampak­an rakyat.

“Kita yakin kalau kita buat kerja kuat, BN masih sebuah parti walaupun tidak lagi mentadbir tetapi jika diberi peluang kita akan bangunkan agenda kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia