Berita Harian

Dua calon Bebas antara pengundi

-

Lipis: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai, dekat sini, untuk mengundi pada PRK Cameron Highlands, jam 8.40 pagi semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai sejak empat penggal lalu, ditemani isterinya, Datin Seri Burhah Mohamed yang turut mengundi di sekolah sama.

Ketika ditemui media di luar kawasan SK Gahai, Wan Rosdy berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di sekolah itu.

Calon Bebas, Sallehudin Ab Talib pula mengundi di SK Sungai Koyan 1, jam 8.30 pagi.

Seramai 32,008 pengundi berdaftar dijangka mengundi pada PRK Cameron Highlands semalam di 29 pusat mengundi dengan 17 daripadany­a di Tanah Rata dan 12 lagi di kawasan Jelai.

Semua pusat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi dan ditutup antara jam 2 petang dan 5.30 petang.

Seorang lagi calon Bebas yang popular dengan imej petani bertopi, berkasut getah dan membawa cangkul, Wong Seng Yee, mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley pada jam 8.25 pagi.

Calon PH, BN tak mengundi di Cameron Highlands

Beliau tiba di pusat mengundi berseorang­an jam 7.55 pagi dan menjadi tumpuan media kerana hanya beliau calon yang mengundi di kawasan DUN Tanah Rata.

Bercakap kepada pemberita selepas mengundi, Seng Yee berkata, beliau gembira kerana dapat menunaikan tanggungja­wabnya sebagai warganegar­a.

Calon PH, M Manogaran dan calon BN, Ramli Mohd Nor bagaimanap­un tidak mengundi di kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia