Berita Harian

Manogaran tidak sedar pakai baju berlogo PH

Minta maaf, tiada niat cabar Akta Suruhanjay­a Pilihan Raya

-

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, M Manogaran memohon maaf kepada semua pihak berhubung pemakaian baju berlogo parti ketika memasuki pekarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut, semalam.

Manogaran, 61, mendakwa beliau tidak perasan memakai baju berlogo parti itu kerana sudah menjadi kebiasaan memakai baju rasmi serta tiada niat untuk mencabar akta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

“Saya minta maaf atas segala kesulitan. Sepatutnya, ia tidak dijadikan isu dan PH akan patuhi semua peraturan ditetapkan SPR,” katanya ketika ditemui di Pos Betau, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas penyebaran gambarnya di media sosial pagi semalam apabila memakai baju berlogo PH di dalam kawasan pusat mengundi SK Sinderut.

Petugas SPR minta beredar

Manogaran berkata, sebaik petugas SPR memaklumka­n baju dipakainya mempunyai logo (PH) dan memintanya beredar dari pusat mengundi, beliau mematuhi arahan itu.

Mengulas mengenai penyebaran beberapa keping gambar petugas PH mengedarka­n hamper kepada penyokong PH, malam kelmarin, Manogaran berkata, beliau berada di kawasan perkampung­an Orang Asli dan meminta penjelasan daripada jentera kempen PH berhubung perkara terbabit.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap Manogaran cuba mencabar undang-undang dengan berbuat demikian.

Beliau berkata, perbuatan itu jelas menyalahi peraturan dalam Akta Pilihan Raya 1958.

“Beliau dilihat seperti sengaja mahu mencipta isu. Sebelum ini pun, sudah banyak (kesalahan) dilakukan PH sejak hari penamaan calon.

“Sebelum ini, timbul isu penagihan wang petrol kepada sukarelawa­n. Selepas itu, isu penyalahgu­naan kenderaan pacuan empat roda milik kerajaan negeri (Pahang),” katanya ketika ditemui di luar kawasan SK Betau, dekat sini.

Calon BN bagi PRK Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor pula berkata, kesalahan Manogaran itu perlu dipandang serius oleh SPR.

“Beliau (Manogaran) lebih berpengala­man berbanding saya. Itu adalah pilihan yang beliau buat (memakai baju berlogo PH) dan saya serahkan kepada pengundi menilai,” katanya.

Saya minta maaf atas segala kesulitan. Sepatutnya, ia tidak dijadikan isu dan PH akan patuhi semua peraturan ditetapkan SPR” Manogaran

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Orang ramai beratur sebelum memasuki tempat mengundi di SK Tanjung Gahai pada PRK Cameron Highlands, semalam.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Orang ramai beratur sebelum memasuki tempat mengundi di SK Tanjung Gahai pada PRK Cameron Highlands, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia