Berita Harian

Suri rumah lewat 2 minit tak dapat mengundi

-

Lipis: Seorang suri rumah terlepas peluang untuk mengundi selepas tiba terlewat dua minit di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, dekat sini, semalam.

Bidah Bahnab, 42, yang kini menetap di Bidor, Perak, mengambil masa tiga jam perjalanan untuk balik mengundi, namun dimaklumka­n pengawal keselamata­n sekolah itu bahawa pusat mengundi sudah ditutup tepat jam 3.30 petang.

Bidah adalah daripada suku kaum Semai dan menetap di Kampung Kabang, dekat Pos Betau, sebelum berpindah ke Perak, tiga tahun lalu.

Suaminya, Ah Kiong, 52, ketika ditemui berkata, dia tidak dapat memandu laju kerana dua anaknya berusia tujuh dan sembilan tahun muntah-muntah ketika dalam perjalanan, berikutan laluan berbengkan­g-bengkok.

Pandu perlahan

“Anak kami beberapa kali muntah ketika dalam perjalanan, jadi saya terpaksa memandu perlahan. Jalan ke sini juga berselekoh dan berbahaya, jadi kena berhati-hati.

“Isteri sahaja yang masih berdaftar sebagai pengundi di sini, saya sudah memindahka­n nama untuk mengundi di sana (Perak). Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kami sempat balik untuk mengundi, kali ini, kami tidak bernasib baik,” katanya.

Ah Kiong berkata, mereka bertolak dari Bidor, kira-kira jam 11 pagi kerana menjangka pusat mengundi hanya akan ditutup jam 5.30 petang.

Pusat mengundi SK Betau mempunyai 1,345 pengundi berdaftar adalah pusat mengundi paling lewat ditutup bagi kawasan DUN Jelai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia