Berita Harian

Keganasan terhadap wanita pada tahap membimbang­kan

4,963 kes dilapor dalam tempoh Januari hingga November lalu: TPM

- Oleh Junita Mat Rasid

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keganasan terhadap wanita kini berada pada tahap membimbang­kan apabila statistik polis menunjukka­n sejumlah 4,963 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga November tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu itu bukan saja memberi kesan kepada kepada individu yang terbabit, malah keluarga, masyarakat serta negara keseluruha­n.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya menerusi Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) melaksanak­an program khusus menangani keganasan terhadap wanita.

“Secara umumnya, masalah sosial seperti keganasan terhadap wanita, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan kehamilan remaja, kian meningkat dan mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Justeru, Talian Kasih 15999 diwu- judkan untuk membantu mangsa atau untuk pihak ketiga mendapatka­n bantuan,” katanya berucap merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Johor, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Dr Wan Azizah berkata, kementeria­n menerima 651 maklumat mengenai kes penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga menerusi talian 15999 sepanjang tahun lalu, yang mana 75 kes dari Johor.

Mengulas mengenai program i-suri untuk jaminan keselamata­n sosial suri rumah, beliau berkata, 63,132 wanita sudah berdaftar dengan program itu setakat 31 Disember lalu selepas dilancarka­n pada 8 Ogos.

Daripada jumlah itu, 25,674 wanita yang tidak layak memohon i-suri mendaftar dengan Caruman Sukarela Insentif Persaraan (i-saraan).

Program ‘Mama Friendly’

Beliau memuji langkah kerajaan Johor menyediaka­n bilik penyusuan di bangunan kerajaan.

Katanya, program Mama Friendly itu akan mewujudkan persekitar­an yang kondusif bagi membolehka­n wanita bekerjaya mengimbang­i komitmen di rumah dan tempat kerja supaya dapat mencapai Work-life Balance.

Katanya, faktor itu juga menyumbang kepada peningkata­n kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja.

Sementara itu, petang semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Bukit Serene.

Ketibaan Dr Wan Azizah di pekarangan Istana Bukit Serene pada jam 3 petang disambut Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Secara umumnya, masalah sosial seperti keganasan terhadap wanita, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga dan kehamilan remaja, kian meningkat dan mendapat perhatian pelbagai pihak” Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE] ?? Sultan Ibrahim yang diiringi Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.
[FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE] Sultan Ibrahim yang diiringi Raja Zarith Sofiah berkenan menerima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia