Berita Harian

Berani biar ‘berisi’

-

Belalang tabik dengan reaksi Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan yang menyatakan kesediaan meletakkan jawatan jika majoriti rakyat tidak bersetuju dengannya atau SPR. Garang dan tegas Pengerusi SPR ini apabila kredibilit­i dan wibawa agensi diterajui disanggah. Bak kata orang ‘berani kerana benar, takut kerana salah’.

Belalang faham cabaran dilaluinya sejak menerajui SPR bukan kecil. Bayangkan lima pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, dengan satu bakal menyusul Mac ini. Azhar pasti memikul beban cukup besar apatah lagi SPR kebelakang­an ini jadi perhatian rakyat, lebih-lebih lagi pembangkan­g yang cuba mencari kelemahan.

Belalang harap Azhar akan terus dengan ketegasann­ya kerana rakyat kini menaruh harapan tinggi SPR benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia