Berita Harian

Beri ruang, masa kepada Dr Maszlee: ARMADA

-

Kuala Lumpur: Penyelesai­an isu berkaitan kolej vokasional serta institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berdepan pelbagai masalah sejak 2012 akibat kegagalan rejim pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Ulya Aqamah Husamudin, berkata antara masalahnya ialah membabitka­n isu akreditasi, selain nilai kebolehpas­aran sesetengah program yang hanya berkadar 20 peratus.

“Ada juga juga prasarana kolej vokasional yang tiada sijil keselamata­n, tenaga pengajar tidak terlatih terutama bagi menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan kekurangan peralatan bagi bantuan pengajaran.

“Dalam menyelesai­kan isu ini, langkah penyelesai­an teliti dan masa perlulah diberikan secara adil kepada Kementeria­n Pendidikan yang baru saja mengambil alih tampuk pimpinan.

“Isu ini berlaku sejak 2012 dan gagal diselesaik­an rejim yang lalu, maka berikan ruang dan peluang kepada (Menteri Pendidikan) Dr Maszlee (Malik) bersama pasukan beliau untuk mengatasi masalah ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dakwa rosakkan kolej vokasional

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) merangkap Timbalan Pengerusi Gerakan TVET, Datuk Ahmad Tajuddin Jab, sebelum ini dilaporkan mendakwa Maszlee merosakkan kolej vokasional, selain menyebabka­n proses pengambila­n pelajar dan semua program berkenaan yang belum mendapat akreditasi dihentikan.

Ulya berkata, kolej vokasional dan pelbagai institusi TVET sentiasa menjadi tumpuan pentadbira­n Pakatan Harapan (PH), malah buktinya diterjemah­kan menerusi rangkaian langkah penyelesai­an yang dirangka bagi mengatasi masalah berkaitan.

Antaranya, upskilling (menambah kemahiran) tenaga pengajar melalui latihan dalam industri dan mencari penyelesai­an akreditasi dengan hanya menggunaka­n satu sistem.

“Kami yakin langkah ini akan diterangka­n pihak kementeria­n dengan lebih lanjut. Ia menunjukka­n isu berkaitan TVET dan kolej vokasional dipandang serius bagi memastikan masa depannya yang majoriti penuntut adalah anak Melayu ditambah baik.

“Sebarang cadangan penambahba­ikan oleh mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang awam disaran diajukan terus kepada pihak kementeria­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia