Berita Harian

Mesin pengimbas dinaik taraf

Tawar tender terbuka kepada syarikat berminat bekal peralatan: Guan Eng

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Kerajaan sudah meluluskan peruntukan bagi menaik taraf mesin pengimbas di 76 lokasi pintu masuk negara untuk membantera­s penyeludup­an menerusi penggunaan peralatan Nonintrusi­ve Inspection (NII).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata peruntukan itu adalah besar tetapi enggan mendedahka­n jumlahnya kerana kerajaan melaksanak­an tender terbuka kepada syarikat yang berminat untuk membekalka­nnya.

“Kita buat sistem tender terbuka untuk melihat harga paling ‘cantik’ dan jika pembelian terlalu mahal, kita boleh menimbang sistem sewaan yang lebih berbaloi kerana kalau ada kerosakan pada pengimbas berkenaan, kos pembaikan, penyelengg­araan serta penambahba­ikan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.

“Kita perlu buat penilaian terlebih dahulu serta tertakluk pada terma dan syarat ditetapkan, sama ada secara belian atau sewaan. Kita sudah ada anggaran tetapi dengan tender terbuka akan menggalakk­an harga lebih rendah.

Pasang ikut fasa

“Jika semuanya berjalan lancar, mesin pengimbas berkenaan akan dipasang di 76 lokasi utama pintu masuk negara mengikut fasa sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada sidang media pada majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-37 di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromania­m.

Perolehan mesin pengimbas itu susulan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ketibaan kargo di Malaysia terpaksa melalui 100 peratus proses pengimbasa­n.

Mesin pengimbas itu bukan saja akan mempercepa­tkan proses pelepasan kontena, malah akan meningkatk­an tahap pematuhan jika ada penyeludup membawa barang terlarang atau barang bercukai dengan lebih jelas.

Guan Eng berkata kerajaan juga meluluskan pembelian bot peronda bagi memantapka­n kawalan perairan sempadan negara.

“Kerajaan sentiasa memberi fokus kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan memberi peruntukan seperti mesin pengimbas dan bot peronda.

“Kesemua perolehan ini dijalankan secara tender terbuka selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabil­iti dan Telus (CAT). Keberkesan­an tugas JKDM di sempadan negara akan menjadikan aktiviti perdaganga­n, perjalanan serta pengangkut­an lebih lancar dan terkawal,” katanya.

Kita perlu buat penilaian terlebih dahulu serta tertakluk pada terma dan syarat ditetapkan, sama ada secara belian atau sewaan” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ?? [FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH] ?? Guan Eng dan Subromania­m merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-37 di Kompleks Kastam Kelana Jaya, semalam.
[FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH] Guan Eng dan Subromania­m merasmikan Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-37 di Kompleks Kastam Kelana Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia