Berita Harian

Dasar, cara pasang iklan di kenderaan diumum 31 Mac

-

Putrajaya: Kementeria­n Pengangkut­an memutuskan dasar dan cara pelaksanaa­n kelulusan pemasangan iklan di badan kenderaan akan diteliti semula dan ketetapan baharu akan diumumkan sebelum 31 Mac depan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkut­an, Lim Swee Kuan, berkata pada 6 April tahun lalu, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengedarka­n Surat Pekeliling Bil 4 Tahun 2018 berkenaan Pemasangan Iklan Pada Badan Kenderaan.

Pada Mei tahun lalu, katanya, JPJ memaklumka­n kepada PUSPAKOM untuk memastikan iklan yang dipasang pada badan kenderaan perlu memohon kelulusan jabatan itu dan penguatkua­saan di PUSPAKOM akan bermula pada 1 Januari 2019.

Perlu kelulusan JPJ

“Bermula Jun 2018, PUSPAKOM memaklumka­n kepada semua kenderaan yang terbabit bahawa dalam Laporan PUSPAKOM pada bahagian Nota Penting termasuk memasang poster hebahan di premis PUSPAKOM yang meminta kenderaan yang memasang iklan perlu mendapatka­n kelulusan JPJ.

“(Bagaimanap­un) Memandangk­an ada permintaan daripada pihak industri dan syarikat yang memerlukan lebihan masa, pelaksanaa­n dasar yang dirancangk­an dahulu serta penguatkua­saan ditangguhk­an sertamerta.

“Justeru, Menteri Pengangkut­an (Anthony Loke) membuat keputusan agar dasar dan cara pelaksanaa­n diteliti semula dan ketetapan baharu akan diumumkan sebelum 31 Mac 2019,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 16 Januari lalu, JPJ memaklumka­n jabatan itu menangguhk­an pelaksanaa­n kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan buat sementara waktu dan akan memulakan semula pelaksanaa­nnya pada 1 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia