Berita Harian

Syor pengesan asap dalam tandas awam

Kementeria­n kaji pemasangan, babit kos tinggi

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Ahmad Suhael Adnan

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin memasang alat pengesan asap bagi mengelakka­n orang ramai merokok dalam tandas awam.

Ia susulan daripada sikap segelintir perokok yang menjadikan tandas awam sebagai tempat merokok selepas Kementeria­n Kesihatan menguatkua­sakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, berkata bagaimanap­un pihaknya perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (Kamera Litar Tertutup), namun ia semua perlu dikaji kerana ia membabitka­n kos yang tinggi.

Ambil masa banteras

“Kita akan mengkaji dan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan, kerana tabiat merokok ini mengambil masa untuk dibanteras.

“Mungkin kita boleh melakukan kempen kesedaran kepada perokok yang menjadikan tandas sebagai tempat merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 dan melancarka­n aplikasi MYWC di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.

Sementara itu, di

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata kira-kira 60 peratus daripada

Kuala Lumpur,

32 juta rakyat Malaysia masih ‘belum pandai’ membuang sampah.

Beliau berkata, kementeria­n berdepan cabaran mendidik dan mengubah budaya negatif itu, khususnya dalam kalangan rakyat berusia antara 40 hingga 60 tahun yang sudah terbiasa tidak membuang sampah dengan betul.

“Di negara maju, kalau tiada tong sampah, rakyat mereka akan simpan sampah peribadi dalam poket, beg tangan atau pegang sehinggala­h jumpa tong sampah.

“Sekarang ini, budaya yang kita nak buat ialah orang kena cari tong sampah, bukan tong sampah cari orang.

Kena berani menegur

“Kita juga mesti berani menegur mereka yang tidak pandai buang sampah kerana tanpa budaya berani menegur ini, kita tak akan mencapai hajat menjadikan Malaysia negara yang bersih,” katanya pada Majlis Pelancaran 3R On Wheels dan Kad Mesra di Ampang, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan dan Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PETRONAS), Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Zuraida turut menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak melayan tuntut orang ramai yang mahukan tong sampah tambahan di kawasan perumahan dan ruang awam.

“PBT jangan manjakan rakyat. Tong sampah yang PBT sediakan di kawasan perumahan dan kawasan awan sudah mencukupi. Jangan layan bila orang ramai kata tak ada tong sampah. Mereka kena belajar cari tong sampah,” katanya.

Terdahulu, program 3R On Wheels yang dilancarka­n menyaksika­n kerjasama Alam Flora dan PETRONAS, dengan menyediaka­n pusat pengumpula­n barangan kitar semula di stesen minyak syarikat itu, bermula di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer, di sini, sebelum diperluas di 1,053 stesen Petronas seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia