Berita Harian

Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya

-

Georgetown: Kertas siasatan kes kemalangan yang menyebabka­n Moey Yun Peng, 20, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terjunam ke laut, di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata walaupun laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios hitam masih belum diperoleh, pihaknya akan merujuk kertas siasatan terbabit sebagai semakan awal.

Tunggu laporan kimia

“Kita masih menunggu laporan kimia kandungan dadah dan alkohol pemandu Toyota Vios terbabit, namun semakan awal perlu dilakukan.

“Setakat ini, kita sudah merekodkan keterangan 16 individu, termasuk saksi awam, ahli keluarga, rakan mangsa dan pemandu Toyota Vios terbabit.

“Kertas siasatan berdasarka­n keterangan saksi itu akan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi, semalami.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi Ahad lalu, SUV dipandu Yun Peng, terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Vios dipandu rakannya, di tempat kejadian.

Kenderaan dan mayat Yun Peng dikeluarka­n dari laut pada petang Selasa lalu.

Sementara itu, difahamkan malam sebelum tragedi berkenaan, mendiang Yun Peng ada menghubung­i pemandu Toyota Vios terbabit untuk mengajakny­a bersama-sama menyertai majlis hari jadi rakan mereka di Lebuh Chulia, Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia