Berita Harian

40,000 pesalah disenarai hitam

JPJ keluar 95,850 notis saman sejak September tahun lalu

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Hampir 40,000 pesalah trafik yang disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap, berikutan gagal melunaskan saman menerusi Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS), perlu segera tampil menyelesai­kan tunggakan saman mereka.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabka­n mereka terus berada dalam senarai hitam JPJ, sekali gus tidak dibenarkan memperbaha­rui cukai jalan dan lesen memandu.

Jurucakap JPJ berkata, Seksyen 53(2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), memperuntu­kkan pesalah AWAS yang diperintah hadir ke mahkamah boleh dikenakan waran tangkap jika gagal berbuat demikian.

“Kita tidak memburu mereka, sebaliknya hanya disenarai hitam daripada berurusan dengan JPJ.

Tidak boleh buat tuntutan insurans

“Implikasin­ya besar. Contohnya, jika mereka tidak memperbaha­rui lesen memandu dan berlaku kemalangan jalan raya, mereka tidak boleh membuat tuntutan insurans.

“Jika orang lain melanggar kenderaan mereka, mereka tetap bersalah kerana tidak mempunyai cukai jalan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, mereka hanya akan dikeluarka­n daripada senarai itu selepas menjelaska­n semua tunggakan saman, yang berada di bawah senarai hitam.

Ditanya sama ada JPJ akan bekerjasam­a dengan agensi penguatkua­saan lain, termasuk polis bagi mengesan pesalah yang disenarai hitam itu beliau berkata, ia tidak akan membabitka­n polis manakala waran tangkap itu hanya dikeluarka­n JPJ.

Kelmarin, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid, berkata 39, 311 pesalah trafik dirakam menerusi kamera AWAS di seluruh negara, disenarai hitam dan dikenakan waran tangkap berikutan gagal melunaskan saman sejak September hingga Disember tahun lalu.

Beliau berkata, sejak JPJ mengambil alih operasi kamera berkenaan pada 1 September 2018 hingga 21 Januari lalu, sebanyak 95,850 notis saman dikeluarka­n menerusi 45 kamera AWAS di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia