Berita Harian

8TV CNY Grand Bazar sasar 400,000 pengunjung

Lebih 300 gerai sedia pelbagai kelengkapa­n sambut perayaan

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kira-kira 400,000 pengunjung disasarkan hadir pada 8TV CNY Grand Bazar selama 19 hari yang dijadualka­n berakhir 31 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Johan Ishak, berkata program julung kali itu diadakan sempena meraikan Tahun Baharu Cina.

“Bazar ini terbuka kepada orang ramai bagi mendapatka­n kelengkapa­n menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dan masuk adalah percuma,” katanya pada sidang media selepas program ‘An Abundant Chinese New Year (CNY) Harvest Cooking Show’, yang diadakan sempena 8TV CNY Grand Bazar, di sini, semalam.

Tampil pelbagai program

Majlis itu dihadiri Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim; Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Johan berkata, antara tarikan bazar anjuran 8TV dengan kerjasama Build Up Resources (BUR) dan Airasia Berhad itu ialah ia turut mengundang personalit­i 8TV untuk bertemu pengunjung selain menyediaka­n pelbagai program termasuk permainan interaktif sosial.

Lebih 300 gerai yang menyertai bazar berkenaan menyediaka­n pelbagai kelengkapa­n perayaan termasuk pakaian, makanan dan perhiasan.

Ia dibuka pada jam 6 petang hingga jam 11 malam pada Isnin hingga Jumaat manakala jam 11 pagi hingga jam 11 malam pada Sabtu dan Ahad.

Program An Abundant CNY Harvest

Cooking Show turut menyaksika­n Teresa bersama Khalid dan Maria melakukan demonstras­i masakan menggunaka­n minyak sawit.

Teresa memasak nasi goreng Fujian Abalone, Khalid pula nasi goreng ‘Nian Gao’ manakala Maria menyediaka­n rendang prosperity, sebagai inisiatif mempromosi minyak sawit.

Bazar ini terbuka kepada orang ramai bagi mendapatka­n kelengkapa­n menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dan masuk adalah percuma” Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif

Rangkaian Televisyen Media Prima

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI /BH] ?? Khalid (tengah) bersama Teresa (lima dari kanan), Maria Chin, (empat dari kanan), Kamal (empat dari kiri), Johan (lima dari kiri) dan Ahmad Izham (dua dari kiri) pada perasmian 8TV CNY Grand Bazarr di Bukit Jalil, semalam.
[FOTO AZHAR RAMLI /BH] Khalid (tengah) bersama Teresa (lima dari kanan), Maria Chin, (empat dari kanan), Kamal (empat dari kiri), Johan (lima dari kiri) dan Ahmad Izham (dua dari kiri) pada perasmian 8TV CNY Grand Bazarr di Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia