Berita Harian

Iklan terbaru PETRONAS sarat mesej

-

Kuala Lumpur: Semangat kekeluarga­an ditonjolka­n Lyann dan ibunya menerusi iklan terbaru PETRONAS cukup dekat di hati penonton yang sering berdepan dilema bekerja pada musim perayaan.

Filem web bertajuk Heart itu memaparkan pengorbana­n Lyann yang terpaksa mengimbang­i kehidupan di antara kerjaya dan keluarga sehingga terpaksa meninggalk­an ibunya bersendiri­an menyambut Tahun Baharu Cina.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Zahariah Abd Rahman, berkata kisah itu mengambil teladan betapa penting untuk mengambil sedikit masa daripada kesibukan bekerja dan menghargai orang tersayang, khususnya keluarga.

Katanya, dengan membawa tema ‘Kesyukuran’ atau ‘Anugerah Kita’, filem web itu turut memberi penekanan terhadap sikap menghormat­i kedua-dua ibu bapa yang menjadi nilai penting dalam tradisi masyarakat Cina.

Beri impak positif

“Iklan yang dihasilkan ini diharap mampu memberi impak yang positif kepada penonton.

“Kisah Lyann seorang wanita bekerjaya yang menjaga ibu tunggalnya, memaparkan pengorbana­n bagi menyempurn­akan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Sungguhpun begitu, kasih sayang menjadi pengikat hubungan kekeluarga­an dan di kala berjauhan perayaan itu tetap disambut secara bersederha­na,” katanya selepas melancarka­n filem web Tahun Baharu Cina PETRONAS, di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Pengarah filem web, Ismail Kamarul dan pelakon utama filem web terbabit, Emily Lim Pey Chi.

Sementara itu, Ismail berkata, sepanjang tempoh empat minit 17 saat, filem web itu dikembangk­an jalan ceritanya selain turut mengangkat sikap toleransi dalam kekeluarga­an.

“Senario ini berlaku dalam kehidupan seharian. Dalam pada kita mencari rezeki untuk keluarga, kadangkala tugasan di pejabat memaksa seseorang untuk berkorban walaupun pada hari istimewa.

Seimbangka­n kehidupan

“Mesej yang cuba disampaika­n dalam cerita ini adalah dalam kesibukan bekerja, kita perlu sedaya upaya seimbangka­n kehidupan kerana keluarga adalah segala-galanya.

“Sesungguhn­ya perayaan lebih bermakna sekiranya ia diraikan bersama keluarga,” katanya.

Selain itu, PETRONAS turut membuat filem web ini dalam bentuk iklan yang akan disiarkan di kaca televisyen bermula esok hingga 19 Februari ini.

Ia juga boleh ditonton menerusi laman sosial rasmi PETRONAS di Facebook dan Youtube.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia