Berita Harian

Garfield bagai selebriti

-

10 kucing baka kacukan berkampung di Lost World of Tambun

Pzubir_yunus@bh.com.my

eminat cilik sering mendengar nama kucing Garfield dan pernah menonton keletahnya menerusi televisyen mahupun pawagam.

Karakter Garfield yang mencuit hati, tetapi seekor kucing yang pemalas, suka tidur dan kuat makan. Karakter Garfield dalam siri komik kanak-kanak yang dihasilkan kartunis dari Amerika Syarikat

(AS), Jim Davis itu sudah meletup di seluruh dunia sejak 19 Jun 1978.

Komik berkenaan menceritak­an perihal seekor kucing warna jingga bernama Garfield yang dipelihara Jon Arbuckle. Garfield sering ditemani rakan karibnya, Arlene (kucing betina berwarna merah jambu) apabila mereka dikatakan sebagai pasangan kekasih. Teman rapat Garfield yang lain termasuk Nermal (kucing jantan berwarna kelabu) dan Odie (anjing karakter lurus bendul).

Bukan sekadar komik

Kini, Garfield dan semua kawan baiknya yang comel dan lucu berasal dari AS ini boleh ditemui di depan mata, bukan lagi menerusi kaca TV atau pawagam apabila keempat-empat karakter berkenaan membuat kemunculan istimewa bertemu peminat di taman tema air, Sunway Lost World of Tambun di Ipoh, Perak bermula Disember lalu.

Pastinya yang menjadi perhatian ramai persis selebriti popular ialah karakter Garfield sendiri. Setiap kali Garfield berjalan keluar dari ‘rumahnya’ - House of Garfield menuju ke Jungle Wave Bay dan Monkey Valley membuat persembaha­n, pergerakan­nya sering terhenti beberapa kali apabila pengunjung terutama kanakkanak tidak mahu melepaskan peluang berswafoto bersama ‘kucing’ berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia