Berita Harian

Agata malas, suka tidur

-

Dinamakan sempena nama Datuk Davis iaitu James Garfield Davis dan nama Presiden Amerika Syarikat yang ke-20 iaitu James Garfield

Kucing Parsi tergolong dalam kategori long-haired

Mempunyai double coat lalu membentuk dua lapisan bulu yang berbeza ketebalann­ya

Baka Parsi gemar berbaring di bawah sinaran matahari terutamany­a pada waktu pagi

Perwatakan kucing Parsi adalah ‘lembut’ dan tidak suka bergaduh, sesuai dipelihara dalam rumah sahaja

Garfield pula sangat peramah dan sentiasa bersedia melayani kerenah peminat cilik yang beratur menunggu giliran merakamkan foto kenangan bersamanya.

Begitu juga temannya yang lain, Arlene, Nermal dan

Odie tidak menang tangan bersalaman dengan pengunjung. Bukan sekadar kanak-kanak yang teruja, malahan dalam kalangan pelancong dewasa, berebut-rebut bergambar sama.

Penulis tertanya-tanya, di mana kucing Garfield yang sebenar kerana sudah puas bergambar dan beramahmes­ra dengan karakter Garfield serta temannya yang lain.

Adakah kucing Garfield berwarna jingga benar-benar wujud atau sekadar watak khayalan atau ciptaan menerusi komik kanak-kanak? Persoalan ini yang berlegar-legar di fikiran mengenai karakter Garfield yang ‘lahir’ di AS itu.

‘Berlagak’ seperti superstar

Seharian bersiar-siar sekitar taman tema air berkenaan mengikuti program yang disusun bersama karakter Garfield dan temannya, akhirnya penulis ‘terjebak’ ke rumah kucing dikenali Catopia menempatka­n lebih 10 ekor kucing terdiri daripada baka kacukan luar negara.

Rupa-rupanya Catopia adalah ‘lubuk’ dalam kalangan peminat dan pencinta kucing. Penuh sesak dengan pengunjung.

Yang pasti, kucing Garfield berwarna jingga memang wujud. Garfield terdiri daripada spesies kucing baka Parsi atau Persian. Bahagian mukanya yang ‘ke dalam’ dan seolah-olah ‘rata’ kelihatan Garfield sangat comel.

Baka kucing Parsi antara spesies paling popular di Malaysia. Kucing jenis ini mempunyai bulu yang panjang, lembut dan beralun.

Namun, kucing Parsi berwarna jingga yang mendapat gelaran Garfield itu sangat jarang ditemui. Justeru, Garfield baka Parsi berasal dari Thailand diberi nama Agata berusia lapan bulan itu ‘berlagak’ seperti bintang filem terkenal apabila pengunjung tidak henti-henti berswafoto dengannya.

Lebih menarik, Garfield dan Agata mempunyai karakter sama - malas, suka tidur dan kuat makan, sekali gus memiliki badan yang gemuk terutama bahagian perut.

Justeru, Agata tidak suka diganggu apabila sepanjang masa matanya kelihatan ‘layu’ sahaja. Sekiranya pengunjung terus mengusik atau cuba memegangny­a, Agata akan bertindak agak agresif dan akan mula mencakar.

Panther ‘sedar siri’

Peminat kucing, Nur Syahida Siew Zairul Isham, 23, hampir setengah jam cuba ‘memujuk’ untuk mendukung Agata kerana geram dengan karakter ‘sombong’ kucing Parsi berkenaan. Namun, beliau hampa apabila tangannya beberapa kali dicakar kucing yang menjadi perhatian ramai itu.

Beliau sekadar berpeluang membelai badan Agata ketika haiwan comel itu membuka matanya.

Bagi Nadiyah Zairol Hisham, 22, berpeluang mendukung Panther, baka Sphynx iaitu kucing tanpa bulu yang berasal dari Mesir yang turut menjadi perhatian pengunjung gara-gara keunikanny­a.

Namun, Panther tidak ‘sombong’ seperti Agata, mungkin disebabkan ia

‘sedar diri’ badannya tidak gebu seperti kucing Parsi.

Pencinta kucing, Raja Syaraful Nizam Raja Haslim Shah, 23, mengakui lebih meminati kucing baka Maine Coon yang memiliki bulu tebal, lembut dan beralun seperti permaidani, selain saiz badannya besar serta panjang persis bayi seberat 10 kilogram.

Spesies diberi nama Easy berasal dari Jerman ini lebih mudah didekati, namun perlu berfikir banyak kali sebelum mendukung garagara saiz badannya itu.

Selain kucing, pengunjung ke taman tema air ini berpeluang bertandang ke Petting Zoo untuk berinterak­si dan membelai pelbagai haiwan jinak.

Antara yang menjadi perhatian ialah rakun atau procyon lotor iaitu mamalia bersaiz sederhana berasal dari Amerika Utara dan tikus besar spesies capybara. Termasuk juga rusa manja diberi nama Rubel yang sangat ‘mesra’ pengunjung.

 ??  ?? Peminat kucing Garfield membanjiri taman tema air. Rubel ‘mesra’ pengunjung.
Peminat kucing Garfield membanjiri taman tema air. Rubel ‘mesra’ pengunjung.
 ??  ?? Baka Sphynx badannya tidak berbulu berasal dari Mesir.
Baka Sphynx badannya tidak berbulu berasal dari Mesir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia