Berita Harian

Redah ‘syurga dunia’

Aplikasi Goople map bantu Rozieta sekeluarga terokai keindahan Switzerlan­d

- Oleh Nor Hatina Shuib

Khatina@bh.com.my

eindahan Switzerlan­d lebih ‘afdal’ dinikmati jika roh dan jasad anda berada di negara itu bukan hanya memandang syurga dunia itu menerusi poskad atau gambar di aplikasi Google.

Kecantikan bumi ciptaan Ilahi itu menjadikan negara Eropah Barat terkenal dengan seni kontempora­ri dan syurga beli-belah pengunjung dalam dan luar negara begitu berbaloi dikunjungi.

Impian mengunjung­i bandar terbesar Switzerlan­d, pastinya terpahat di jiwa raga sesiapa dan akhirnya membawa

Rozieta Khamsi bersama suami, Mohd Faezool Yusof, masing-masing berusia 34 tahun, selain dua anak kecil berusia tiga dan lima tahun ke destinasi indah itu, pada November lalu.

Kongsi eksekutif sebuah perbankan swasta ini, pengalaman sepanjang lapan hari di negara banjaran dan pergununga­n itu menghimpun­kan pelbagai pengalaman istimewa apatah lagi perjalanan kembara itu bersama insan istimewa.

“Semua sudah dirancang setahun lebih awal. Walaupun ia bukan dilakukan secara drastik, kami mengatur jadual penerbanga­n dan tentatif dengan penuh berhati-hati supaya semua berjalan lancar.

“Untuk ke negara ini, kami merancang perbelanja­an dan perjalanan setahun awal. Bagi mendapatka­n harga penerbanga­n memuaskan, saya dan suami kerap menyemak laman web yang menawarkan harga mesra pengguna.

“Kami memilih Switzerlan­d kerana November adalah musim sejuk, bolehlah anak bermain salji. Walaupun kos memang tinggi untuk ke sana, kami guna wang simpanan khusus untuk percutian secukupnya,” kongsinya.

Cabar diri

Kata anak kelahiran Selangor ini, sebagai pasangan suami isteri, mereka bertoleran­si dari segi perbelanja­an bagi keharmonia­n percutian.

“Jangan berkira antara pasangan jika mahu mendapatka­n kesempurna­an percutian. Suami fokus kepada perbelanja­an penerbanga­n, hotel dan pas pelanconga­n. Saya pula konsisten menyimpan duit poket sejak berniat untuk mengembara ke Switzerlan­d,” katanya.

Ibarat meredah syurga dunia, itulah antara frasa tepat menggambar­kan keasyikan sepanjang berteduh seketika di destinasi popular itu.

Kata Rozieta, istimewa Switzerlan­d bukan saja menggamit pemandanga­n terindah tetapi kepada sikap masyarakat yang prihatin dan bersopan.

“Kami cuba berdikari ke negara itu tanpa menggunaka­n perkhidmat­an ejen pelanconga­n.

“Kami mahu cabar diri dan mengutip pengalaman lebih bernilai sebagai kenangan sepanjang berada di sana. Sepanjang lebih seminggu di negara ini, banyak pengalaman dan ilmu pelanconga­n yang kami peroleh. Antaranya keberkesan­an menggunaka­n aplikasi Google map,” katanya.

Jangan bimbang ke negara ini kerana perkhidmat­an awam sangat berkesan dan mudah diperoleh. Jarang ada laluan perjalanan yang tertangguh. Jadual bas, tren, trem tersedia dalam aplikasi Google untuk dijadikan sumber rujukan utama,” katanya.

Guna aplikasi Google

Kata Rozieta, penggunaan aplikasi terkenal itu sentiasa tepat dalam pengurusan perjalanan mereka.

“Kami guna wifi mudah alih dan sebelum ke sana kami sudah bersiap sedia menyelidik apakah penyedia perkhidmat­an terbaik untuk memudahkan langkah. Akhirnya kami pilih roamin man, iaitu lebih mudah digunakan.

“Hanya perlu ambil modem di lapangan terbang sebelum berlepas, tanpa deposit dan bayar sewa mengikut hari. Malah ia boleh dikongsi menerusi lima peranti dalam satusatu masa,’ katanya.

Kata beliau, apa paling utama sepanjang perjalanan ke luar negara adalah insurans perjalanan.

“Kita tidak tahu apa akan terjadi. Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan.

Saya cadangkan ambil AXA Travel Insurance. Mohon secara dalam talian 24 jam. Kami mengambil pakej keluarga VIP bernilai RM100 untuk sekeluarga dengan perlindung­an sehingga RM300,000 ,” katanya.

Masak sendiri

Mengembara bersama anak, beliau siapkan bekalkan anak permainan dan buku kerana emosi anak kecil biasanya cepat berubah-ubah, lantas bahan itu menarik mereka dan mengelak bosan.

Negara yang sukar mendapatka­n makanan halal lebih mudah masak sendiri.

“Anak mahukan nasi, saya bawa pek makanan kembara. Ia bukan saja mengenyang­kan tetapi lebih menjimatka­n. Makanan halal di Switzerlan­d agak mahal. Sepinggan nasi bersama sejenis lauk paling murah RM40,” katanya.

→ Empat bahasa rasmi negara Switzerlan­d, iaitu Jerman, Perancis, Itali, dan Rom.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Rozieta bersama anak ketika bercuti di Switserlan­d.
Rozieta bersama anak ketika bercuti di Switserlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia