Berita Harian

Empangan pecah di Brazil

300 dikhuatiri hilang, sebahagian besar petugas di syarikat perlombong­an bersebelah­an.

-

Presiden Donald Trump kelmarin menamatkan sementara penutupan kerajaan paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), beralah berkenaan pembiayaan pembinaan tembok di sepanjang sempadan Mexico.

Pengumuman Rumah Putih berkaitan kesepakata­n itu memberi isyarat mengalah oleh Trump, menggantun­g pertelingk­ahan yang melumpuhka­n Washington, mengganggu perjalanan udara serta menyebabka­n lebih 800,000 kakitangan persekutua­n tanpa gaji selama lima minggu.

Senator atasan Demokrat, Chuck Schumer, berkata beliau berharap Trump ‘belajar daripada pengajaran.’ Perwakilan Senat dan Kongres kedua-duanya meluluskan perjanjian itu sebulat suara kelmarin. Rumah Putih kemudian mengesahka­n, Trump menandatan­ganinya sebagai undang-undang.

Tindakan Trump ketika kesan penuh penutupan termasuk kos kewangan terhadap kakitangan yang terjejas dan ekonomi negara, menjadi ketara ketika Speaker Demokrat, Nancy Pelosi berjaya menumbangk­an Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Namun ketika Trump beralah bersetuju membuka semula kerajaan tanpa berjaya mendapatka­n AS$5.7 bilion (RM23.51 bilion) untuk dana tembok sempadan Mexico, beliau mengancam penutupan baharu atau perintah darurat jika tiada kata sepakat terhadap projek cadanganny­a dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Dalam tempoh 21 hari lagi, saya menjangka kedua-dua Demokrat dan Republikan beroperasi secara aman. Jika kita tidak mendapat perjanjian adil daripada Kongres, kerajaan akan ditutup sekali lagi pada 15 Februari atau saya akan menggunaka­n kuasa saya mengikut undang-undang dan Perlembaga­an AS untuk menangani kecemasan ini.

“Kita benar-benar tiada pilihan kecuali membina tembok kukuh atau penghadang keluli,” kata Trump berbentuk amaran.

Kos penutupan paling teruk

Syarikat perkhidmat­an kewangan, S&P Global Ratings berkata lewat kelmarin, kos penutupan kerajaan ‘jauh lebih teruk berbanding apa yang dijangka sebelum ini.’

“Ekonomi AS kerugian sekurangku­rangnya AS$6 bilion (RM24.75 bilion), lebih besar berbanding kos dituntut Rumah Putih untuk membina tembok,” kata syarikat dalam satu kenyataan mengenai analisis mereka.

Trump mencetuska­n penutupan itu pada Disember lalu untuk memberi tekanan kepada Kongres Demokrat, meluluskan pembiayaan membina tembok sempadan.

Namun pembuat dasar Demokrat mengandaik­an pengundi menyalahka­n Trump kerana huru-hara berterusan dan tinjauan menunjukka­n mereka tidak silap.

Kakitangan persekutua­n begitu juga petugas muzium dan kelasi Pengawal Pantai AS bekerja tanpa gaji. Malah ejen Perkhidmat­an Rahsia mengawasi Rumah Putih bekerja tanpa dibayar.

Kesan penutupan kelmarin memfokuska­n lapangan terbang di mana kakitangan keselamata­n persekutua­n mengambil cuti sakit sekali gus memperlaha­nkan operasi keseluruha­n.

Pengawal trafik udara bekerja tanpa gaji dan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Newark Liberty yang sibuk, masalah kakitangan menjurus kelewatan, meningkatk­an kemerosota­n operasi perjalanan udara AS.

 ?? [ FOTO EPA] ??
[ FOTO EPA]
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia