Berita Harian

Lauk goreng punca risiko mati awal

Ambil satu atau lebih hidangan sehari punca masalah berkaitan jantung

-

Satu kajian baharu mendapati, makanan bergoreng, termasuk ayam dan ikan meningkatk­an risiko kematian awal.

Penyelidik dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) mendapati, menghidang­kan satu atau lebih makanan bergoreng setiap hari meningkatk­an risiko kematian sebanyak lapan peratus berbanding langsung tidak mengambiln­ya.

Lebih membimbang­kan, kajian diterbitka­n British Medical Journal (BMJ) itu berjaya menemui kaitan kuat antara ayam atau ikan goreng yang menjadi makanan popular di United Kingdom (UK).

Kajian itu mendapati, satu atau lebih hidangan ayam goreng sehari dikaitkan dengan risiko kematian 13 peratus lebih tinggi berbanding sebab kematian lain dan 12 peratus kema- tian berkaitan jantung jika dibandingk­an dengan makanan bukan bergoreng.

Gaya hidup, masakan

Sementara itu, satu atau lebih hidangan ikan goreng atau makanan laut sehari dikaitkan dengan tujuh peratus risiko kematian lebih tinggi untuk sebarang punca kematian dan 13 peratus lebih tinggi untuk kematian berkaitan jantung.

Pakar juga menemui kaitan dengan pengambila­n sedikit hidangan ikan dan ayam. Penemuan itu memberi hasil sama walaupun faktor lain seperti senaman diambil kira.

Kajian itu dijalankan terhadap 106,966 wanita yang berusia antara 50 hingga 79 tahun.

Mereka menyertai Inisiatif Kesihatan Wanita (WHI) antara 1993 hingga 1998.

Dalam pemerhatia­n susulan selama 18 tahun itu, didapati 31,558 wanita meninggal dunia termasuk 9,320 akibat masalah jantung, 8,358 akibat kanser dan 13,880 atas sebab lain.

“Pengambila­n makanan goreng kerap, terutama ayam dan ikan atau makanan laut mempunyai risiko kematian lebih tinggi untuk semua punca dan faktor jantung bagi wanita di AS.

“Kami mengenal pasti faktor risiko untuk kematian akibat jantung yang boleh diubah mengikut gaya hidup dan pemilihan masakan.

“Usaha mengurangk­an makanan goreng, terutama ayam dan ikan atau makanan laut memberi kesan menyeluruh terhadap kesihatan umum,” kata pasukan penyelidik Universiti Iowa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pengambila­n makanan bergoreng kerap terutama ayam dan ikan atau makanan laut, memberi risiko kematian lebih tinggi bagi wanita.
Pengambila­n makanan bergoreng kerap terutama ayam dan ikan atau makanan laut, memberi risiko kematian lebih tinggi bagi wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia