Berita Harian

9 maut, empangan bekas lombong runtuh

-

Brumadinho: Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari kira-kira 300 orang yang dikhuatiri hilang selepas empangan sebuah lombong di tenggara Brazil runtuh, mengorbank­an sekurangku­rangnya sembilan orang.

Dalam kejadian kelmarin, penyelamat menemui tujuh mayat beberapa jam selepas sebuah empangan tinggal lombong bijih besi berhampira­n bandar Belo Horizonte, di Minas Gerias, runtuh kirakira jam 1 tengah hari.

Sehingga pagi semalam, angka kematian rasmi meningkat kepada sembilan orang dengan hampir 300 orang dikhuatiri hilang, kata anggota bomba tempatan.

Dianggarka­n seramai 150 orang yang masih hilang itu bertugas di pejabat pentadbira­n syarikat berkenaan, terletak paling hampir dengan empangan terbabit, kata bomba lagi.

Lombong itu dimiliki Vale, sebuah syarikat perlombong­an gergasi Brazil yang pernah terbabit dalam insiden lombong runtuh meragut 19 nyawa pada 2015, dianggap bencana alam terburuk dunia.

Gabenor Minas Gerais, Romeu Zema memberitah­u media, pihaknya berusaha sedaya mungkin untuk mencari mangsa yang selamat.

Harapan tipis

“Namun hakikatnya harapan untuk menemui mereka yang terselamat adalah tipis. Kemungkina­n besar kita akan hanya menemui mayat mangsa,” katanya.

Pentadbira­n serantau berkata, 427 orang bertugas di lombong Vale ketika bencana itu berlaku, dan 279 ditemui selamat. Selebihnya disenaraik­an sebagai hilang.

Aliran Arus deras mengandung­i lumpur itu menghala ke arah bandar ini, memiliki 39,000 penduduk namun tidak mengenainy­a secara langsung.

Sebaliknya ia memusnahka­n jalan raya, tumbuhan dan ladang, meruntuhka­n jambatan, serta merosakkan serta memusnahka­n kediaman.

Imej televisyen menunjukka­n mangsa ditarik keluar dari lumpur ke dalam helikopter penyelamat, berikutan kesulitan menggunaka­n jalan darat.

Kerajaan baharu Brazil diketuai Presiden Jair Bolsonaro segera bertindak terhadap bencana pertama sebaik berkhidmat awal bulan ini dengan melancarka­n penyelaras­an bencana antara agensi pertahanan, perlombong­an dan kementeria­n alam sekitar di samping pihak berkuasa di kawasan terjejas di Minas Gerais.

Bolsonaro dan menteri pertahanan­nya turut melawat zon bencana itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia