Berita Harian

2 penduduk Palestin maut ditembak

-

Gaza: Tentera Israel menembak mati seorang penduduk Palestin dan mencederak­an seorang lagi ketika mereka membaling batu ke arah pemandu kenderaan di jajahan diduduki Tebing Barat.

Tentera Zionis membalas dengan melepaskan tembakan ke arah suspek yang kini menerima rawatan perubatan dengan seorang daripadany­a maut akibat kecederaan manakala seorang lagi cedera.

Penduduk dari perkampung­an Silwad, berhampira­n Ramallah menamakan mangsa sebagai Ayman Hamed, 17.

Terdahulu, seorang penduduk Palestin ditembak mati Israel ketika pertempura­n baharu di sepanjang sempadan Gaza kelmarin, kata Kementeria­n Kesihatan wilayah itu.

“Ehab Abed, 25, dibunuh tembakan penjajah Israel di timur Rafah di selatan Gaza,” kata jurucakap kementeria­n, Ashraf Al-qudra dalam satu kenyataan.

Seorang wartawan AFP di hospital itu berkata, mangsa ditembak pada bahagian jantung.

Ribuan penduduk Gaza berkumpul di beberapa tapak di sepanjang sempadan dengan tentera Zionis menggunaka­n gas pemedih mata dan peluru hidup untuk memaksa penunjuk perasaan berundur dari sempadan.

Bantahan kelmarin adalah yang pertama sejak runtuhnya satu perjanjian damai tidak rasmi antara Israel dan pemerintah Gaza, Hamas.

Perjanjian itu menyaksika­n Qatar menyediaka­n dana sebanyak AS$15 juta (RM61.87 juta) kepada Gaza menerusi Israel.

Khamis lalu, Hamas berkata, ia tidak lagi menerima wang itu, mengatakan Israel tidak menghormat­i perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia