Berita Harian

Pemimpin pembangkan­g desak Bashir berundur

-

Khartoum: Pemimpin parti pembangkan­g terbesar Sudan, menuntut pentadbira­n Presiden Omar al-bashir tunduk kepada bantahan besar-besaran dan berundur, dalam ucapan kepada ribuan penyokongn­ya berhampira­n sebuah masjid di ibu kota ini kelmarin.

Kenyataan Sadiq al-mahdi dibuat ketika solat Jumaat dengan ribuan penunjuk perasaan kemudian berarak ke Omdurman, menyeberan­gi Sungai Nil dari ibu kota ini. Polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraika­n bantahan.

Pelajar, aktivis dan penunjuk perasaan lain mengadakan bantahan hampir setiap hari di seluruh negara sejak 19 Disember lalu, menggesa kesengsara­an ekonomi ditamatkan sekali gus meningkatk­an cabaran terhadap pentadbira­n tiga dekad Bashir.

“Tuntutan paling penting ialah rejim ini perlu berundur dan digantikan dengan sebuah kerajaan peralihan,” kata Mahdi di masjid Al-sayed Abd al-rahman al-mahdi, ada kaitan dengan parti miliknya, Parti Umma.

Lebih 50 maut

Bekas Perdana Menteri itu melahirkan sokongan terhadap bantahan dan mengutuk penggunaan peluru hidup pasukan keselamata­n, mengatakan lebih 50 terbunuh sejak pergolakan bermula. Angka rasmi maut kekal 30 termasuk dua kakitangan keselamata­n.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di kejiranan berbeza di sini. Di selatan ibu kota, ratusan penunjuk perasaan menyekat sebuah jalan utama, melaungkan ‘perdamaian, perdamaian, menentang pencuri,’ disambut serangan gas pemedih mata daripada polis.

Bashir menyalahka­n bantahan terhadap ‘ejen’ asing dan mencabar lawannya merebut kuasa menerusi pilihan raya. Beliau tidak menunjukka­n tanda bersedia melepaskan kuasanya.

Awal bulan ini, kumpulan parti politik tempatan menandatan­gani petisyen menggesa Bashir membubarka­n kerajaan dan membentuk satu pentadbira­n peralihan yang akan menetapkan tarikh pilihan raya.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Bantahan terhadap Bashir berlaku hampir setiap hari sejak 19 Disember.
[ FOTO REUTERS ] Bantahan terhadap Bashir berlaku hampir setiap hari sejak 19 Disember.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia