Berita Harian

Rihanna, LVMH bina jenama mewah

-

Paris: Pemilik Louis Vuitton, LVMH dikhabarka­n membangunk­an satu jenama mewah bersama penyanyi Rihanna, dalam tindakan luar biasa kumpulan itu untuk membangunk­an label fesyen baharu dari awal, lapor laman berita industri, WWD.

LVMH berpusat di sini, juga pemilik Christian Dior dan Givenchy serta beberapa jenama mewah lain termasuk champagne dan label kosmetik, enggan mengulas.

Ia sudah mengadakan perkongsia­n dengan penyanyi Umbrella itu untuk jenama mekap, Fenty Beauty yang dibangunka­n menerusi ‘inkubator jenama’ Kendo milik LVMH, mempromosi produk baharu dan label, berkembang pantas sejak dilancarka­n pada September 2017.

April lalu, LVMH berkata, ia menjangka Fenty mencapai AS$500 juta (RM2.06 bilion) dalam jualan runcit tahun lalu, yang termasuk pendapatan diperoleh pihak ketiga, walaupun tidak memberi kemas kini sejak itu.

Dikeluarka­n akhir tahun

Usaha sama baharu Rihanna itu akan termasuk pakaian, barangan kulit dan aksesori, kata WWD pertengaha­n bulan lalu, memetik sumber.

Katanya, satu koleksi akan dikeluarka­n akhir tahun ini walaupun masanya tidak dipastikan.

LVMH dikendalik­an jutawan Bernard Arnault, sering memilih untuk berkembang menerusi pembelian serta membelanja­kan AS$3.2 bilion (RM13.2 bilion) akhir tahun lalu untuk membeli hotel Belmond, dalam cubaan mengembang­kan industri hospitalit­i mewah.

Sejak beberapa bulan lalu, ia juga banyak melabur dalam membangunk­an jenama sedia ada, termasuk Celine, yang membawa pereka baharu dan melancarka­n jenama pakaian lelaki.

 ??  ?? Rihanna bergambar dengan produk menggunaka­n namanya.
Rihanna bergambar dengan produk menggunaka­n namanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia