Berita Harian

Aspirin penyebab pendarahan dalaman

-

New York: Individu yang mengambil aspirin setiap hari mungkin merendahka­n risiko serangan jantung atau strok, namun kajian baharu mengesahka­n, mereka juga berdepan masalah pendarahan dalaman teruk.

Sekian lama, doktor di Amerika Syarikat (AS) menasihatk­an golongan dewasa yang tidak mempunyai risiko serangan jantung atau strok mengambil pil itu sebagai langkah pencegahan.

Meskipun tiada bukti jelas aspirin menyebabka­n pendarahan, namun ramai pakar perubatan dan pesakit teragak-agak mengikuti cadangan itu kerana risiko jarang berlaku namun berpotensi mengakibat­kan pendarahan membawa maut.

Bagi kajian semasa, penyelidik meneliti data daripada 13 ujian klinikal untuk menguji kesan aspirin terhadap sesuatu rawatan untuk lebih 164,000 orang dewasa.

Menurut laporan jurnal perubatan JAMA Internal Medicine, mereka yang mengambil aspirin setiap hari mempunyai 0.38 risiko lebih rendah diserang sakit jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengambiln­ya.

Bagaimanap­un, aspirin juga dikaitkan dengan 0.47 peratus risiko lebih tinggi berlakunya pendarahan dalaman.

Kaitan peningkata­n pendarahan

“Keputusan menunjukka­n ada manfaat kardiovask­ular, namun ia berkait rapat dengan peningkata­n pendarahan serius,” kata penulis kajian utama Dr Sean Zheng dari King‘s College London dan Imperial College London.

Katanya, persoalan serius ialah jika individu yang tidak mengalami serangan jantung atau strok sepatutnya mengambil aspirin dengan harapan dapat mengurangk­an risiko serangan organ itu di masa akan datang.

Bagi golongan dewasa berumur 50 hingga 59 tahun, mereka percaya aspirin dapat menghalang serangan jantung dan strok, sebagai contoh Pasukan Khas Perkhidmat­an Pencegahan Amerika Syarikat (USPTF) mencadangk­an pengambila­n pil itu hanya kepada mereka yang memiliki sekurang-kurangnya 10 peratus risiko serangan jantung atau strok pada masa akan datang dan tidak mempunyai risiko tinggi pendarahan.

Keputusan menunjukka­n ada manfaat kardiovask­ular, namun ia berkait rapat dengan peningkata­n pendarahan serius” Dr Sean Zheng, Penulis kajian dari King‘s College London

 ??  ?? Aspirin diambil oleh golongan dewasa tidak berisiko sebagai langkah pencegahan sakit jantung atau strok.
Aspirin diambil oleh golongan dewasa tidak berisiko sebagai langkah pencegahan sakit jantung atau strok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia