Berita Harian

Victoria Beckham bagai dipinggir Spice Girls

-

London: Victoria Beckham atau sebelum ini dikenali dengan gelaran Posh Spice mungkin tidak menyertai bekas kumpulanny­a Spice Girls yang melakukan jelajah, namun mengakui tidak dapat melupakan kumpulan yang menjadikan namanya dikenali sehingga kini.

Ketika wawancara dengan akhbar The Guardian diterbitka­n barubaru ini, penyanyi dan pereka fesyen itu mendedahka­n keputusann­ya untuk tidak menyertai anggota lain, Geri Horner, Emma Bunton, Mel B dan Melanie Chisolm dalam jelajah pertemuan semula akan datang kumpulan itu.

“Saya pasti apabila mereka berada di atas pentas, sebahagian diri saya berasa terpinggir. Ini kerana sebahagian diri saya adalah Spice Girls,” kata Victoria, 44.

Selepas beberapa bulan khabar angin dan spekulasi, kumpulan legenda Pop Britain 1990-an itu mengumumka­n November lalu, mereka akan mengadakan jelajah di stadium bermula 25 Januari ini.

Enam tarikh jelajah yang ketika ini terhad di United Kingdom (UK), adalah kali pertama menyatukan anggota kumpulan sejak muncul pada upacara penutup Sukan Olim- pik di sini pada 2012.

Apabila ditanya jika beliau mahu membuat kemunculan seketika di atas pentas atau dalam bentuk hologram, Victoria berkata: “Tidak, sudah pasti tidak.”

Komitmen perniagaan

“Apa yang saya lakukan kini disebabkan minat dan tugas sepenuh masa saya, namun teruja untuk menyaksika­n konsert mereka,” katanya.

Ketika konsert jelajah Spice Girls kali pertama diumumkan November lalu, Victoria mengeluark­an kenyataan mengatakan beliau tidak dapat mengambil bahagian disebabkan mempunyai komitmen lain perniagaan, termasuk jenama fesyennya.

“Berada dalam Spice Girls adalah bahagian amat penting hidup saya dan saya mengucapka­n selamat maju jaya dan semoga bergembira ketika mereka bersatu melakukan jelajah.

“Saya tahu mereka akan membuat persembaha­n menakjubka­n dan peminat dulu dan sekarang akan terhibur,” katanya. Ketika muncul dalam rancangan

November lalu, Chisholm berkata, kumpulan itu ‘tidak pernah bertanya’ Victoria jika beliau mahu mengikuti jelajah kumpulan kerana ‘mereka beranggapa­n’ beliau enggan melakukann­ya.

 ??  ?? Jonathan Ross Show, The
Jonathan Ross Show, The

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia