Berita Harian

Panorama mengasyika­n di hutan batu

-

Teroka percutian ibu kota di kawasan segi tiga emas

Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Suasana moden, kontempora­ri dengan lokasi berdekatan pusat komersial, deretan bangunan mega dan restoran elit menjadikan ramai memiliki percutian ibu kota untuk penginapan hotel.

Di kawasan segi tiga emas Bukit Bintang, di Kuala Lumpur umpamanya miliki pelbagai keinginan anda.

Jika mengingink­an percutian di hotel serba baharu, apa kata cuba Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree, yang betul-betul berada di bangunan sama pusat beli-belah terkenal itu.

Terletak di lokasi strategik di ibu kota, hotel lima bintang itu mempunyai kemudahan 13 tingkat menyajikan panorama mengasyikk­an berlatar belakang mercu tanda popular, beroperasi penghujung tahun lalu ini.

Meskipun ketenangan sedikit terganggu dengan hiruk-pikuk kenderaan yang bertali arus, tetamu hotel ini tidak perlu risau kerana banyak kemudahan tersedia.

Di tingkat paling atas, rooftop, tersedia kolam renang infiniti dengan pemandanga­n tinggi di awangan menyajikan suasana santai yang mendamaika­n.

Nikmati panorama indah

Dengan kedalaman 1.2 meter, kolam ini menyajikan panorama Kuala Lumpur kelihatan begitu memukau terutama pada waktu senja.

Di aras sama, gimnasium yang luas berdinding­kan kaca, memberikan galakan bersenam dengan banyak peralatan seperti pusat kecergasan persendiri­an.

Bagi yang menyukai suasana malam, boleh saja bersiar-siar mencuba makanan tempatan, bersantai di restoran makanan segera atau membelah-belah di Pavilion.

Dekorasi dalaman, hotel ini banyak mengetenga­hkan hiasan yang berunsurka­n kehijauan, memberikan tarikan semula jadi di persekitar­an hutan batu Kuala Lumpur, menyajikan kedamaian yang diinginkan dalam percutian.

Urutan legakan lesu

Menariknya, urutan di spa hotel ini sememangny­a sangat memuaskan kerana kakitangan mahir dan menyenangk­an.

Di spa ini, tetamu hotel boleh memperoleh potongan 10 hingga 15 peratus dengan pilihan urutan Thai dan Bali.

Lebih puas selepas tubuh dibelai hampir dua jam, tetamu dihidangka­n seteko teh panas ramuan segar dengan buahan potong dan yougurt asli.

Bagi yang mengingink­an cita rasa Jepun, makanan ala cart cef terkenal makanan enak dengan segar diimport dari Jepun.

Hidangan lain seperti tempura makanan laut dengan sushi salmon segar, sup dan nasi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia