Berita Harian

Percutian singkat, murah di Sungai Lepoh

-

Sungai Lepoh, Hulu Langat, terletak kira-kira 35 kilometer (km) dari pusat bandar, menjadi lokasi paling popular dalam kalangan warga kota sebagai menjadi pusat rekreasi bagi mengadakan pelbagai aktiviti menghabisk­an cuti hujung minggu.

Lokasi yang tersedia air terjun, sungai yang bersih, pelbagai spesies pohon menghijau dengan hutan rimba dan pepohon menghijau serta trek memudahkan sesiapa sahaja meneroka kawasan itu.

Buat apa sahaja aktiviti yang menyeronok­kan di sini yang dianggap percutian pendek dengan bajet yang memuaskan.

Yang menarik perhatian penulis dengan bermula dari simpang masuk Kampung

Kuala Pangsun, sebelum ke arah Gunung Nuang, terdapat beberapa chalet atau resort yang tersusun berdepan sungai untuk disewa.

Di situ ada chalet dan resort untuk berehat atau bermalam bagi menghabisk­an masa berkelah seharian bersama keluarga atau rakan.

Yang menarik ada deretan pondok berkonsep terbuka di Teratak Alah Rimba Ruslan terletak paling atas atau hulu sungai yang menjadi lokasi permulaan meredah hutan ke kawasan air terjun Sungai Lepoh.

Reka bentuk pondok yang ringkas, cantik, selesa dan harga berpatutan, membuatkan percutian pendek pada hujung minggu lebih bermakna.

Teratak lengkap

Setiap pondok dibina berdepan sungai tetapi tanpa dinding dan dihiasi dengan langsir nipis beraneka warna, menawarkan suasana ceria.

Terdapat deretan pondok kecil dengan lantainya dilengkapi tikar getah, boleh memuatkan sekurang-kurangnya empat orang dewasa pada satu-satu masa.

Ia menghadap sungai yang disekat dengan batu semula jadi bagi membentuk kolam dengan kedalaman paras pinggang.

Sekiranya inginkan ruang lebih luas, ada pondok besar yang boleh membuatkan sekurang-kurangnya dua keluarga pada satu masa.

Pemilik, Roslan Lutan, berkata setiap teratak berkenaan dilengkapi dengan tempat khas bagi memanggang atau barbeku tetapi pengunjung perlu membawa sendiri semua bahan keperluan untuk tujuan berkenaan.

“Pengunjung yang ingin menikmati kedamaian di sebelah malam boleh bermalam di sini tetapi akan dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk seorang.

“Sebaiknya jika mahu bermalam, bawa kelengkapa­n dari rumah seperti tilam, bantal dan selimut kerana cuaca lebih sejuk,” katanya.

Roslan berkata, lampu untuk pengunjung yang ingin bermalam dan kemudahan seperti surau untuk solat serta tandas untuk menyalin pakaian ada disediakan.

Pengunjung yang ingin ke air terjun Sungai Lepoh boleh mendapatka­n khidmat Roslan sebagai jurupandu arah.

 ??  ?? Teratak Alah Rimba Ruslan
Teratak Alah Rimba Ruslan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia