Berita Harian

Hana bukan Sara

-

Jalil bangun dengan kepayahan. Tongkat yang dipegangny­a itu ditekan kuat ke lantai kayu rumahnya - untuk memberi semacam suatu daya untuk dia bangun daripada kerusi yang letaknya di tepi tingkap - yang bertahunta­hun tidak beralih walau seinci pun.

Angin kencang yang menghembus masuk melalui tingkap itu seakan menyesakka­n dadanya, meski ia bayu sejuk dan nyaman. Langit yang tadinya cerah kini berubah gelap – dipenuhi awan-awan kelabu. Burung-burung yang tadinya banyak bertenggek di ranting-ranting pokok bersiul lembut sudah mulai terbang kembali ke sarang mencari perlindung­an. Suasana yang tadinya tenang berubah menjadi hingar dek bunyi burungburu­ng yang nyaring – seolah-olah turut membenci akan kedatangan hujan.

Tingkap tempat Jalil selalu menghabisk­an masa sehari-harian ditutup rapat. Bunyi rentapan tingkap yang ditutup kuat itu hadir serentak dengan bunyi guruh di luar. Dan tidak lama kemudian, hujan turun dengan selebat-lebatnya.

“Huh!” Jalil merengus. Dia enggan menikmati cuaca hujan yang turun. Begitulah dia bertahunta­hun. Baginya, hujan tidak membawa apa-apa makna selain kenangan silam yang hitam. Dirinya rapuh apabila setiap kali hujan melanda, kerana setiap kali itulah pasti mengingatk­an dia kepada Sara – anaknya yang meninggal akibat kemalangan jalan raya ketika hujan – kemalangan yang turut meragut masa depannya. Kakinya terpaksa dipotong, kedua-duanya kiri dan kanan, demi menyelamat­kan nyawanya. Namun baginya, apalah gunanya hidup jika kebahagiaa­n tidak lagi ada bersama. Kerana baginya, Saralah kebahagiaa­nnya – melebihi segala-galanya yang ada di dunia ini.

“Sepatutnya aku harus mati bersama-sama dengan Sara. Dialah nyawaku. Dialah kebahagiaa­nku. Aku yang bersalah. Aku tidak sepatutnya hidup! Aku yang harus mati, bukan Sara!”

Sesalnya bukan kepalang. Seperti kakinya yang hancur kerana kemalangan itu, begitulah hati dan perasaanny­a apabila mengenangk­an kematian anak kesayangan­nya itu. Oleh kerana itulah dia terlalu bencikan hujan. Mendengar titis-titis hujan yang jatuh ke bumi pun sudah cukup untuk dia merasakan seperti hatinya dihiris sembilu, apatah lagi untuk melihat hujan yang turun dengan lebat, pasti akan menggugurk­an air matanya.

Hujan lebat itulah yang menyebabka­n keretanya tergelinci­r dan terbabas lalu melanggar pengadang jalan ketika dia dan anaknya

Sara dalam perjalanan ke hospital untuk bertemu isterinya yang baru sahaja melahirkan anak kedua mereka – Hana. Dan ketika hujan lebat itulah dia memapah Sara yang tidak lagi bernyawa. Kesakitan dek kakinya yang hancur ketika itu seperti tidak dirasainya. Otaknya ketika itu hanyalah memikirkan tentang Sara. Bunyi jeritan Jalil memanggil nama Sara berselang-seli dengan bunyi titisan hujan lebat yang menghentam bumi. Jalil memeluk Sara yang berdarah – akibat terpelanti­ng dari dalam kereta sebelum orang ramai datang mengerubun­gi mereka. Memori hitam itulah yang tidak akan pernah padam dari kotak ingatannya.

Ternyata isterinya seorang yang jauh lebih tabah berbanding dirinya. Sela masa empat tahun masih lagi tidak menjadikan­nya manusia yang reda dengan ketentuan Ilahi. Seperti dirinya masih lagi enggan menerima takdir Yang Maha Esa. Kata-kata isteri-

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia