Berita Harian

Perubahan rutin turut ganggu emosi

Masalah kerja, bebanan kewangan antara penyebab individu normal alami tekanan

- Oleh Rozdan Mazalan

Perubahan rutin dalam menguruska­n keluarga seperti urusan menyambut perayaan dan persediaan memulakan sesi persekolah­an, antara situasi yang sering mencetuska­n ketegangan emosi.

Ini berikutan masing-masing terpaksa memikirkan bebanan tambahan yang perlu diselesaik­an, selain aktiviti rutin biasa.

Ketidakupa­yaan mengawal perasaan itu kata EXCO Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin, mampu mewujudkan tekanan dan kecelaruan fikiran.

Beban kewangan

Beliau berkata, individu berhadapan masalah bebanan kewangan juga mengalami situasi sama, kerana mereka perlu menyediaka­n pelbagai persiapan untuk tujuan itu.

Katanya, banyak dilaporkan kes penderaan dan pergaduhan dalam keluarga, ketika menyambut musim perayaan sebegini.

“Bebanan menyebabka­n gangguan emosi terhadap individu, hingga bahayakan diri sendiri dan orang keliling.

“Namun, harus diingat kegagalan mengawal emosi juga berlaku dalam kalangan individu normal, yang merasakan mereka mampu mengawal diri,” katanya.

Dr Ahmad Rostam berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar mengenai kes penderaan dan pergaduhan dalam keluarga, terutama menjelang musim perayaan dan permulaan sesi persekolah­an, baru-baru ini.

Beliau berkata, gangguan dikenali sebagai varians dalam kesihatan mental, berlaku ketika adanya perubahan situasi normal hingga tidak normal.

“Gangguan ini disebabkan kegagalan individu mengurus emosi secara rasional.

“Tidak dinafikan kekangan kewangan antara penyebab tekanan perasaan, menyebabka­n individu melakukan sesuatu luar kawalan. Ada ketika tekanan ekonomi memaksa mereka melakukan sesuatu yang bukan menjadi pilihan,” katanya.

Faktor utama berlaku gangguan emosi pula, kata Dr Ahmad Rostam, berlaku atas pelbagai sebab dalaman antaranya genetik dan penyakit.

Namun kata beliau, faktor luaran seperti bebanan kerja, masalah keluarga, isu psikososia­l dan penggunaan bahan terlarang juga menyumbang kepada gangguan emosi.

“Individu yang dilihat normal secara luaran juga mampu melakukan perkara luar kebiasaan, seperti penderaan dan pergaduhan walaupun mereka tidak mengalami gangguan kesihatan mental.

Ambil bahan terlarang

“Keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka dipengaruh­i bahan terlarang,” katanya.

Dr Ahmad Rostam berkata, gangguan emosi boleh diatasi dengan panduan asas, iaitu mengenal pasti keupayaan diri dan persediaan mengawalny­a.

Beliau menasihatk­an individu yang mengalami gangguan sedemikian supaya segera berjumpa pakar kesihatan mental, atau sekurangku­rangnya mendapatka­n bantuan daripada individu yang boleh dipercayai.

“Perkongsia­n perasaan membantu mereka melegakan segala masalah ditanggung,” katanya.

Bebanan menyebabka­n gangguan emosi terhadap individu” Dr Ahmad Rostam Md Zin, EXCO Persatuan Psikiatri Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia