Berita Harian

Nestle Malaysia sumbang 1,000 bacaan braille

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,000 bahan bacaan braille disumbangk­an kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM), untuk dimanfaatk­an 500 kanak-kanak cacat penglihata­n.

Sumbangan diterima daripada syarikat pengeluar makanan dan minuman terkemuka Nestle Malaysia bernilai RM45,000 itu, sejajar dengan matlamat warga korporat membantu kerajaan meningkatk­an kualiti hidup golongan kurang bernasib baik.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengasas Bersama YOBM, Silatul Rahim Dahman, berkata sumbangan membuktika­n sokongan pelbagai pihak dalam membangunk­an kualiti pendidikan masyarakat cacat penglihata­n di negara ini.

“Kami mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Nestle Malaysia atas sumbangan yang sungguh bermakna, yang pasti memberi manfaat kepada masyarakat kami, terutama kanak-kanak.

“YOBM percaya pendidikan berupaya memutuskan kitaran diskrimina­si dan kemiskinan, bahan bacaan sedemikian memberi peluang kesaksamaa­n kepada masyarakat seperti kami,” katanya.

Peluang pendidikan

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Nestle Malaysia, Nirmalah Thurai, berkata pihaknya komited membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, pihaknya menyokong kepelbagai­an budaya dan percaya setiap insan sewajarnya diberi peluang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta.

“Kami berharap sumbangan ini membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihata­n di negara ini,” katanya.

 ??  ?? Silatul Rahim (belakang lima dari kanan) dan Nirmalah (belakang empat dari kanan) bersama penerima bantuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Silatul Rahim (belakang lima dari kanan) dan Nirmalah (belakang empat dari kanan) bersama penerima bantuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia