Berita Harian

Cabaran perancanga­n, pengurusan kewangan tahun baharu

-

Oleh Khuzama Ab Rahaman dan Farah Adibah Mohd Apandi - Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

Masa berlalu begitu pantas hingga tidak terasa bertambahn­ya tahun baharu. Menjadi kemestian kehadiran Tahun Baharu disambut bersama azam, manakala individu yang mempunyai matlamat baharu sering memfokuska­n peningkata­n potensi diri.

Antara aspek mesti diberi perhatian ialah perancanga­n dan pengurusan kewangan yang merangkumi kerjaya, masa, risiko, kewangan serta menyelesai­kan hutang. Juga perlu diberi perhatian ialah strategi perolehan dana, simpanan dan aliran keluar masuk tunai.

Pengurusan kewangan yang bijak akan menjadikan individu sentiasa bersedia menghadapi apa juga kemungkina­n dalam kehidupan. Setiap individu perlu mempunyai dana sendiri ketika berlaku kecemasan dan saat memulakan hidup baharu seperti menghadapi alam perkahwina­n, kelahiran, alam persaraan dan kematian.

Berdasarka­n statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Oktober 2017, rakyat Malaysia dikategori­kan kepada tiga kumpulan pendapatan berbeza, iaitu T20, M40 dan B40. Setiap tahun jumlah pendapatan bagi kumpulan ini sentiasa ada peningkata­n dan menjadi antara indikator pertumbuha­n ekonomi yang baik.

Golongan B40 merujuk kepada jumlah isi rumah berpendapa­tan purata bulanan di bawah RM3,860.00, manakala bagi yang tinggal di ibu kota, kehidupan seharian sangat membebanka­n hingga kerajaan sentiasa memberi bantuan dan insentif bagi membantu mereka meneruskan kelangsung­an hidup.

Pemberian insentif

Pemberian insentif itu diharap dapat menghasilk­an produktivi­ti dan membuahkan keuntungan sama ada penerima atau pemberi. Masyarakat perlu lebih cakna dalam urus tadbir kewangan.

Perkara yang memerlukan belanja besar merangkumi kos sara hidup yang tinggi, kos perumahan yang mahal dan corak kehidupan di bandar yang menekan serta kos perkhidmat­an dan penjagaan kesihatan.

Oleh itu, memiliki sijil Takaful menjadi persediaan menghadapi kemungkina­n wujudnya peningkata­n risiko yang bakal dihadapi isi rumah. Golongan B40 dilihat sering tidak selamat lantaran sentiasa berhadapan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi, pemilikan tabungan rendah dan tahap keberhutan­gan tinggi, sekali gus mendedahka­n mereka kepada risiko ketidaksel­amatan ekonomi.

Bagaimanap­un, kesedaran terhadap kepentinga­n dan fungsi memiliki sijil Takaful atau pelan perlindung­an diri dalam masyarakat masih pada tahap rendah. Kebanyakan anggota masyarakat tidak memahami konsep takaful dan tidak mengetahui manfaat, kebaikan serta keperluan memiliki sijil Takaful hingga merasakann­ya bukanlah keutamaan dalam kehidupan.

Berdasarka­n kajian, individu yang memiliki rumah sendiri dan jenis rumah yang lebih selesa (flat dan teres kos sederhana) didapati lebih ramai memiliki Takaful keluarga atau insurans hayat berbanding individu yang menyewa serta memiliki rumah kos rendah.

Kumpulan memiliki rumah flat dan teres kos rendah rata-rata dalam kalangan mereka bergaji kurang RM2,000 sudah tentu tidak mampu membiayai pelan perlindung­an Takaful. Pendapatan yang ada terpaksa didahuluka­n bagi keperluan asas.

Golongan B40 sebenarnya paling perlu memiliki pelan perlindung­an Takaful, perlindung­an diri dan keluarga sebagai perancanga­n jangka panjang. Kesedaran tinggi dalam memiliki sijil Takaful akan menjadikan mereka bakal mendapat perlindung­an terbaik pada masa akan datang.

Golongan M40 juga tidak boleh ketepikan tetapi mereka dilihat sering memilih bertangguh dan berlengah menyertai mana-mana pelan Takaful. Lantaran kurang pendedahan dan kesedaran kepentinga­n pelan Takaful, M40 menganggap penyertaan­nya tidak penting.

Oleh itu, semua Pengendali Takaful di negara ini dicadangka­n lebih giat melakukan pendedahan dan promosi kepentinga­n pelan Takaful. Sebaiknya ia mula diterap sejak sekolah rendah, menengah dan universiti kerana pelan perlindung­an Takaful ialah teras utama perancanga­n kewangan.

Terdapat beberapa langkah dapat menggalakk­an pemilikan skim perlindung­an Takaful Keluarga oleh kumpulan B40 dan M40. Industri Takaful perlu mengambil inisiatif menawarkan Perlindung­an Takaful ‘mampu milik’ untuk semua golongan khususnya berpendapa­tan rendah. Industri perlu mengemaski­ni saluran pengagihan yang digunapaka­i bagi memastikan golongan berpendapa­tan rendah seperti B40 tidak terpinggir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia