Berita Harian

Kaedah kotak bantu lancarkan pembacaan al-quran

Syed Walid perkenal pendekatan mudah baca ikut teknik betul

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Berdasarka­n pengalaman sendiri yang agak lama meninggalk­an dan gagal membaca al-quran dengan baik, membuka hati Syed Walid Al Giffa Syed Ibrahim kembali mendalami kitab suci itu.

Syed Walid berkata, beliau tiada latar belakang dalam bidang agama kerana memasuki aliran sekolah kebangsaan dan kemudianny­a melanjutka­n pelajar ke sekolah teknik.

Beliau kemudianny­a menyertai perkhidmat­an ketenteraa­n sebagai juruteknik penyelengg­araan pesawat Hawk, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan.

“Saya mengakui agak leka dengan suruhan agama dan sudah lama tidak membaca al-quran. Namun Allah SWT mempertemu­kan saya dengan rakan yang menceritak­an keindahan kitab suci itu.

“Apabila pulang ke rumah dan mengambil mashaf, saya tidak boleh membaca al-quran, lalu saya menangis, sekali gus berdoa agar hati kembali terbuka untuk mendalami kitab suci itu.

“Saya mencari guru agama untuk mengaji al-quran dan dipertemuk­an dengan Ustaz Latif. Saya memperuntu­kkan masa hampir setiap hari dengan beliau hingga mampu membaca dengan baik,” katanya.

Syed Walid Al Giffa berkata, selepas empat tahun berguru dan dapat membaca dengan lancar, beliau memasang niat menurunkan ilmu kepada orang lain.

“Saya mula mengajar al-quran kepada rakan terdekat hingga mendapati sebenarnya ramai seperti saya yang tidak boleh mengaji dengan baik dan lancar walaupun sudah meningkat usia,” katanya.

Beliau membuka kelas pengajian al-quran dengan fokus kepada orang dewasa apabila ditukarkan ke ibu kota dan selepas bersara, menubuhkan Quran Center.

Katanya, hasil pemerhatia­n dan kajian dilakukan, beliau memperkena­lkan kaedah kotak untuk memudahkan orang ramai kembali membaca al-quran dengan lancar.

Menerusi kaedah itu, setiap huruf dikotakkan mengikut suku kata tertentu dan diterjemah­kan dalam bentuk konsonan vokal, tanda mati dan tajwid, sekali gus menjadikan seseorang boleh kembali membaca al-quran dalam masa singkat.

“Saya cuba membawa pendekatan mesra dengan pelajar supaya mereka tiada perasaan malu membaca al-quran dan tidak segan berkongsi masalah.

“Hasil kaedah dan pendekatan itu, ada peningkata­n dalam pembacaan al-quran apabila mereka kembali lancar membacanya.

“Malah, mereka mula faham fungsi baris, huruf dan ayat al-quran, selain dapat membaca dengan teknik yang betul,” katanya yang turut dikenali sebagai Ustaz Kotak.

Syed Walid Al Giffa berkata, kejayaan mengetenga­hkan kaedah kotak menyebabka­n beliau merancang untuk memperkena­lkanbta ke peringkat lebih tinggi termasuk di institusi pengajian tinggi.

Sehingga kini, kaedah kotak turut diperkenal­kan di beberapa pusat pengajian al-quran di Ipoh, Taiping dan Manjoi di Perak serta Kluang, Johor.

“Ia hanya antara kaedah pengajian al-quran di sebalik kaedah lain yang ada. Paling penting, kesedaran dalam diri setiap orang untuk mendalami al-quran.

 ??  ?? Syed Walid Al Giffa memperkena­lkan kaedah kotak untuk memudahkan orang ramai kembali membaca al-quran.
Syed Walid Al Giffa memperkena­lkan kaedah kotak untuk memudahkan orang ramai kembali membaca al-quran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia