Berita Harian

Lebih 16,000 dijangka terjejas

Kemarau tambah buruk isu belenggu penduduk sejak 10 tahun lalu

- Oleh Nor Farhani Che Ad

Lebih 16,000 penduduk sekitar Merbok dijangka berdepan masalah gangguan bekalan air kritikal sehingga Mei ini, berikutan faktor cuaca kemarau ketika ini.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip, berkata Syarikat Air Darul Aman (SADA) giat berusaha menangani isu bekalan air terawat yang membelengg­u kawasan itu sejak 10 tahun lalu.

“Ketika ini, kita menghadapi musim kemarau mengakibat­kan kekurangan sumber bekalan air di kawasan tadahan Loji Tupah yang mencatat penyusutan daripada 18 juta liter sehari kepada hanya 15 juta liter sehari.

“Pada musim hujan, masalah bekalan turut berlaku kerana ketidakupa­yaan sistem agihan sedia ada yang hanya boleh merawat air dalam jumlah tertentu dan menyebabka­n operasi loji dihentikan,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Merbok, di sini, semalam.

Sejak seminggu lalu, penduduk kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air serius sehingga menjejaska­n kehidupan harian.

Nor Azrina berkata, pihaknya merancang pembinaan Loji Simpanan Air Sungai Merbok, membaik pulih menara tangki dan menggantik­an paip usang membabitka­n kos RM69 juta.

“Selain itu, Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menunggu kelulusan proses tender.

“Kita yakin semua projek ini mampu menyelesai­kan masalah bekalan air di kawasan Parlimen Merbok dalam jangka panjang, sekali gus memastikan sistem bekalan air terawat di Merbok kembali berkeupaya­an sepenuhnya,” katanya

Inisiatif SADA

Sementara itu, Pengurus Kanan Wilayah Tengah SADA, Hizaruddin Razak berkata, bagi memastikan bekalan air sampai kepada pengguna, ketika ini, pihaknya melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk mengagihka­n bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Petani bagi mengurangk­an kebergantu­ngan kepada Loji Tupah.

“Kerja pengagihan semula bekalan dilaksanak­an di Kolam Inas bagi menampung permintaan di sekitar Bujang, Semeling dan Bedong.

“Kita menyediaka­n bantuan bekalan air melalui lori tangki di Tanjung Dawai membabitka­n 10 lori yang melakukan penghantar­an bekalan air bersih ke rumah penduduk bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengah malam,” katanya.

 ?? [FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] ?? Nor Azrina dan wakil SADA pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Merbok, Sungai Petani, semalam.
[FOTO NOR FARHANI CHE AD/BH] Nor Azrina dan wakil SADA pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Merbok, Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia