Berita Harian

Tuah menang RM1J cabutan BSN SSP

-

Kuala Lumpur: “Bila ternampak nama ‘Yahaya Abdullah’ pada skrin TV, terdetik juga apakah saya yang menang RM1 juta.”

Yahaya Abdullah, 61, dari Hulu Terengganu, menjadi pemenang utama Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi Disember 2018, sekali gus mengakhiri pencarian jutawan ke-12 bagi kempen BSN SSP tahun lalu.

Beliau yang juga pengusaha limau madu, mula menyimpan di BSN SSP sembilan tahun lalu dan tidak pernah menyangka akan menjadi pemenang utama cabutan itu.

“Saya belum ada perancanga­n apa nak dibuat dengan wang ini, tapi saya galakkan anak dan orang ramai menyimpan dengan BSN SSP,” katanya selepas majlis penyerahan replika cek di Wisma BSN di sini, semalam.

Sementara itu, Azizon Samsudin, dari Perak memenangi kereta BMW X5 manakala Nur Izzatun Nadia Saiful Bahari juga dari Perak membawa pulang RM10,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia