Berita Harian

2 mayat kena kerat ditemui tepi sungai

Mangsa lelaki, perempuan dipercayai dibunuh dua minggu lalu

- Oleh Norrasyida­h Arshad

Dua mayat tidak sempurna yang mempunyai kesan dikerat, ditemui di tepi sungai belakang kawasan perumahan Desa Coalfields di sini, petang semalam.

Mayat seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai mangsa bunuh itu, ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang sebelum melaporkan­nya kepada pihak polis.

Polis turut menemui tiga bungkusan plastik hitam berisi bahagian tangan dan kaki mangsa dipercayai dikerat di kawasan berhampira­n.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superinten­dan Shafa’aton Abu Bakar, berkata mangsa tanpa identiti itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di lokasi penemuan.

Tidak cukup sifat

“Mayat dalam keadaan tidak cukup sifat kerana ada beberapa bahagian tubuh seperti kepala, tangan dan kaki sudah tiada.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n awal, kita percaya mangsa dibunuh kira-kira dua minggu lalu dan mungkin ini antara sebab sebahagian anggota badan hilang kerana reput.

“Bagaimanap­un, kita turut menemui kesan kerat pada bahagian tangan dan kaki, selain potongan anggota itu dalam tiga bungkusan plastik hitam berhampira­n kawasan mayat ditemui,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Shafa’aton berkata, polis meminta bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya untuk mengangkat mayat dari tepi sungai berkenaan.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Kita turut menemui kesan kerat pada bahagian tangan dan kaki, selain potongan anggota itu dalam tiga bungkusan plastik hitam berhampira­n kawasan mayat ditemui” Shafa’aton Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Dua mayat ditemui di tepi sungai berhampira­n kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Dua mayat ditemui di tepi sungai berhampira­n kawasan perumahan Desa Coalfields, Sungai Buloh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia