Berita Harian

Tak lupa jati diri

Zee Avi tekad curah bakti di tanah air selepas 12 tahun cipta nama di AS

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Pengorbana­n meninggalk­an keluarga dan tanah air tercinta lebih sedekad lalu membuahkan hasil yang membanggak­an penyanyi bertubuh kecil molek, Zee Avi.

Mengorak langkah berani dengan merantau ke Amerika Syarikat (AS) pada 2007, pemilik nama Izyan Alirahman itu sudah mampu menarik nafas lega apabila bakatnya sebagai penyanyi dan pencipta lagu semakin mendapat perhatian penggiat seni luar.

Selain lagu ciptaannya dinyanyika­n beberapa bakat baharu, Zee juga berbangga apabila sentuhanny­a turut terpilih menghiasi program televisyen di negara itu sebagai lagu tema.

Tidak hanya di Negara Uncle Sam, populariti­nya turut menjalar di Eropah apabila dia sering menerima undangan menjayakan persembaha­n dan festival muzik.

Nama penyanyi yang berasal dari Miri, Sarawak itu turut mekar di rantau Asia, malah pernah diundang menjayakan persembaha­n di China dan Indonesia.

Semua kejayaan itu akuinya, tidak mungkin tercapai tanpa kerja keras dan usaha tidak mengenal jemu sejak 12 tahun lalu.

Namun, untuk 2019, Zee meluahkan hasrat untuk kembali memberikan fokus dengan mengukuhka­n kerjaya seninya di tanah kelahiran.

“Sebenarnya, sudah hampir setahun saya pulang ke tanah air. Pada mulanya, saya merancang untuk pulang sekejap, tetapi kebetulan rezeki datang mencurah-curah.

“Banyak undangan membuat persembaha­n yang saya terima, termasuk mengadakan konsert. Meskipun aktiviti seni kini lebih tertumpu di negara sendiri, saya tetap memenuhi jemputan persembaha­n di luar.

“Saya baru pulang dari China dan Bali untuk persembaha­n sempena festival muzik di sana. Tidak dinafikan, apabila terlalu lama di luar negara, kerinduan untuk kembali ke tanah air sentiasa meluap-luap.

“Setiap kali kembali ke sini, memang berat hati untuk meninggalk­an tanah air. Namun, ia bergantung kepada keadaan. Ibarat angin, ke mana nanti saya dibawa, saya akan ikut,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Internatio­nal Women’s Day with Zee Avi & NJWA, barubaru ini.

Selesa guna nama samaran

Kembali mencurahka­n bakti di negara sendiri tidak bermakna penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kantoi ini enggan lagi berkarya untuk pasaran luar.

“Produksi di AS masih menunggu saya merakamkan lagu baharu untuk dijadikan runut bunyi program TV. Saya masih lagi menulis lagu untuk beberapa penyanyi baharu di sana.

“Ketika menghasilk­an lagu, saya lebih suka menggunaka­n nama samaran kerana ia membuatkan saya lebih selesa dan kreatif.

“Lagipun, saya kini bergerak sendiri tanpa terikat dengan mana-mana label di sana,” katanya.

Enggan terus terikat dengan populariti lagu Kantoi, Zee berkata, dia bakal muncul dengan dua single baharu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

“Saya bercadang mahu memperkena­lkan dulu lagu Inggeris, Who Are You yang sudah enam tahun dihasilkan. Hanya selepas itu, baru saya tampil dengan single Melayu, Saya, Kamu.

“Saya juga sudah menyiapkan muzik video lirik untuk lagu itu. Tengok nanti bagaimana, mungkin saya akan mempromosi­kan lagu Melayu dulu,” katanya yang pernah dikenali sebagai Kokokaina pada awal kemunculan.

Meniti usia mendekati pertengaha­n 30-an, Zee mengakui, masih belum menemui calon untuk dijadikan teman hidup. Mungkin bagi sesetengah pi-

 ??  ?? Zee Avi
Zee Avi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia