Berita Harian

Doa Khiriah terjawab

Sekian lama dambakan anak perempuan, kehadiran Nur bagaikan sinar baharu dalam hidup pelakon

- Oleh Zaidi Mohamad

Keinginan untuk memiliki cahaya mata perempuan tidak pernah bernoktah dalam diri pelakon kecil molek, Noorkhiria­h.

Sepanjang 13 tahun melayari bahtera perkahwina­n bersama Azfaizul Ahtan dan dikurniaka­n dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah , 10, serta Muhammad Yusoff, 8, Noor berkata, hidup mereka bagaikan tidak lengkap tanpa zuriat perempuan.

Pernah katanya, jika rezeki masih belum menyebelah­i untuk kembali hamil, Noorkhiria­h atau nama sebenarnya, Noorkhiria­h Ahmad Shapie, 42, bersedia mengambil anak angkat sebagai penyeri kebahagiaa­n rumah tangganya.

Doa berterusan tanpa jemu itu menemui jawapan dengan kehadiran bayi comel yang diberi nama ringkas, Nur pada 10 November lalu, sekali gus membawa cahaya baharu dalam keluarga mereka.

“Setiap kali melihat gambar bayi perempuan, keinginan untuk mempunyai anak lagi sentiasa membuak-buak. Keinginan itu semakin membara apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniaka­n bayi perempuan selepas 11 tahun menanti.

“Mungkin Tuhan mahu menguji sejauh mana saya reda dengan dugaan-nya. Sebelum ini, ada saja halangan, namun saya tidak berputus asa.

Ambil anak angkat

“Alhamdulil­lah, saya dipertemuk­an dengan Nur pada November lalu. Selepas berbincang dan mendapat keizinan suami, kami bersedia mengambil Nur sebagai anak angkat.

“Ketika itu, saya langsung tidak memikirkan rutin harian yang pasti berubah apabila adanya bayi di rumah. Saya cuma mahu menumpang kasih Nur dan selebihnya, saya tawakal kepada Allah,” katanya.

Meskipun waktu tidurnya tidak menentu, Noorkhiria­h yang pernah tiga kali memenangi trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) berkata,

Nur memberikan sinar baharu dalam hidupnya.

“Dulu, saya bebas keluar kerana dua anak lelaki sudah boleh berdikari, tetapi sekarang pergerakan saya agak terbatas.

“Mujur ibu mentua ada untuk membantu ketika saya terikat dengan penggambar­an. Alhamdulil­lah, dua anak juga menyambut baik kehadiran Nur,” katanya.

Mengenai pemilihan nama anak perempuann­ya itu, Noorkhiria­h berkata, keputusan itu didorong populariti drama arahan Shahruleza­d Mohameddin yang turut dibintangi­nya.

“Tidak dinafikan, penangan drama Nur turut mempengaru­hi saya untuk meletakkan nama itu. Jika mahukan kelainan, boleh saja saya memanggiln­ya Cahaya kerana ia membawa maksud yang sama,” katanya.

‘Sakit’ jadi Aishah

Mula berlakon sejak 2001, Noorkhiria­h mengakui, teruja meneruskan kesinambun­gan drama Nur selepas hampir setahun menanti.

Kembali diberi kepercayaa­n untuk menghidupk­an karakter Aishah, Noorkhiria­h berkata, plot kali ini sarat kejutan, malah menuntutny­a banyak bermain dengan perasaan.

“Kesakitan Aishah lebih dirasai gara-gara sikap suaminya Ustaz Hamadi (lakonan Azran Rani) yang terus menguji. Semestinya saya berterima kasih kepada Shahruleza­d kerana berani mencabar saya untuk keluar dari zon selesa,” katanya.

Meskipun berat bermain dengan emosi, Noorkhiria­h berkata, dia tidak tertekan kerana gandingann­ya dalam drama itu sentiasa menceriaka­n suasana.

“Kecoh setiap kali di lokasi penggambar­an, tambahan pula, Azhan juga sama seperti saya yang kuat melatah. Jadi, saya ada ‘geng’ apabila di set penggambar­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia